in

Boost Perkenal ‘Boost PayFlex™’ , Memperluas Penyelesaian PayLater Untuk Transaksi Online & Offline

Ft Boost

Peneraju teknologi kewangan, Boost baru-baru ini meluaskan lagi penyelesaian PayLater patuh Shariah Boost Payflex™ kepada semua transaksi dalam aplikasi, di samping pembayaran kod QR.

Menerusi penyelesaian inovatif tersebut, pemilik akaun Premium Wallet di aplikasi Boost yang telah dipra-skor boleh menikmati akses lebih luas kepada saluran kredit terkawal tersebut.

Menerusi BoostPayFlex™, pengguna boleh melanjutkan tempoh pembayaran kepada ansuran sehingga 3 bulan dan ia boleh digunakan di lebih 1.8 juta peniaga yang mempunyai DuitNow QR di Malaysia.

Scan And Pay Buy Now Pay Later Boost Payflex Desktop.png

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menambah baki eDompet yang kemudian membolehkan pilihan PayLater digunakan untuk segala transaksi dalam aplikasi Boost termasuklah pengurusan bil, beli-belah dalam talian, penghantaran makanan dan lain-lain.

Sebagai peneraju fintech yang dikawal selia, Boost memastikan kemudahan kredit tersebut ditawarkan secara bertanggungjawab, dengan memperibadikan saluran kredit berdasarkan penilaian kemampuan setiap pengguna.

Dalam masa yang sama, sebagai produk patuh Shariah berdasarkan konsep Murabahah Komoditi, penggunaan Boost PayLater™ direka untuk memberi penjelasan telus bagi semua caj yang dikenakan.

Bagi ansuran 3 bulan, terdapat fi wakalah sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap transaksi dengan kadar keuntungan 2.5% sebulan. Bagi pilihan ansuran 30 hari pula, fi wkalah yang dikenakan adalah RM10, sekali bayar untuk setiap transaksi, tanpa kadar keuntungan.

Selain itu, pengguna akan dimaklumkan terlebih dahulu selain diberikan peringatan membabitkan tempoh pembayaran semula, bersama-sama caj lewat sebanyak 1% setahun.

Photo Boost Payflex

Sheyanta Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Group CEO) Boost berkata, pihaknya kekal teguh dengan komitmen untuk memenuhi permintaan pasaran serta memacu keterangkuman kewangan yang lebih luas menerusi ekosistem teknologi kewangan mereka.

Tambahnya lagi, kemudahan tersebut diperluaskan kepada lebih ramai pengguna agar rakyat Malaysia memiliki fleksibiliti kewangan yang lebih menyeluruh.

Karthik Bhaskaran, Ketua Pegawai Produk & Inovasi, Boost pula menambah bahawa keyakinan serta kepercayaan pelanggan adalah keutamaan mereka.

Setiap langkah dalam membangunkan Boost PayFlex™ telah dipandu dengan teliti oleh komitmen syarikat berkenaan untuk memperkasakan pengguna dalam mengawal perbelanjaan dan menguruskan kewangan dengan lancar.

Dalam pada itu, saluran kredit terkawal tersebut disesuaikan berdasarkan penilaian kemampuan setiap pengguna bagi melindungi pelanggan sambil memberi akses yang luas kepada pembayaran fleksibel seluruh negara, dalam dan luar talian, di aplikasi Boost.

Bagi mengakses penyelesaian Boost PayFlex™ tersebut, pengguna terlebih dahulu perlu melengkapkan pengesahan e-KYC dengan menaik taraf ke akaun Premium Wallet Boost, secara percuma.

Setelah naik taraf tersebut berjaya, pengguna yang layak boleh melengkapkan proses pengaktifan untuk Boost PayFlex™, termasuk kontrak perjanjian terperinci dan pra-kebenaran kaedah pembayaran semula.

Download Boost App Square

Sekiranya pengaktifan berjaya, pengguna boleh melihat dan menggunakan saluran kredit masing-masing pada halaman ‘Boost PayFlex TM ’, di mana perbelanjaan tertunda dan jadual pembayaran balik boleh dipantau pada masa nyata. Bagi setiap ringgit yang dibelanjakan melalui Boost PayFlex TM , pengguna akan menerima sehingga 3 Boost Stars, berdasarkan kedudukan BoostUP masing-masing.

Semua Boost Stars terkumpul boleh ditebus untuk mendapat lebih banyak penjimatan dan ganjaran melalui Program Kesetiaan BoostUP, seperti diskaun langsung Pay With Stars, baucar tunai Partner Wallet, dan banyak lagi*.

Untuk maklumat lanjut tentang Boost PayFlex TM , sila layari laman web Boost.