in

“Settle kat negara kau” – Erma Fatima Beri Respon Tentang Isu ‘Panas’ Berkaitan Artis Tempatan

Syaz Ft 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga hari ini, masih ramai netizen yang ‘berbincang’ berkenaan kontroversi yang kini melanda artis berasal dari Singapura, Aliff Aziz dengan pelakon tempatan Ruhainies serta Bella Astillah, susulan pendedahan yang dilakukan oleh seorang wanita bernama Sarah Yasmine.


Penerbit serta pengarah filem terkenal, Erma Fatima mengeluarkan pendapatnya berkenaan kontroversi yang melibatkan pelakon-pelakon tempatan itu.

Artikel berkaitan: “Tak usaha memang tak dapat” – Erma Fatima Pertahan Hafiz Mahamad, Isu Berhimpit Nak Cium Hajar Aswad

Artikel berkaitan: Takut Aib Sendiri Terbuka, Netizen Mohon Maaf Kerap Bergosip Tentang Ruhainies

@xtra_my

Min setuju apa yang disampaikan oleh Erma Fatima fyp xtra #ermafatima sarahyasmine aliffaziz #sembangentertainment #beritaditiktok

♬ original sound – XTRA – XTRA

“Seorang wanita yang kecewa ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warganegara Malaysia, masuk ke dalam negara aku kemudian buat ‘kenduri selak kain’ artis Malaysia dan semua orang meraikannya.

Media sosial, pengamal media semua raikan orang luar itu sedangkan masalah dia adalah dengan artis negaranya sendiri.

Saya sangat marah dengan tindakan yang dilakukannya. Saya faham perasaan dia yang kecewa selepas ditinggalkan kekasih selepas memberi segala-galanya tetapi jangan datang ke sini dan hancurkan industri seni Malaysia,” katanya.

Erma yang merupakan pengarah drama bersiri Lelaki Itu berkata dia tidak peduli jika pelakon-pelakonnya terlibat dengan apa-apa skandal namun ini bukanlah caranya.

Dalam pada itu, Erma juga tidak sanggup melihat salah seorang pelakon drama Lelaki Itu, Sophia Albarakbah terus dikecam dek kerana kontroversi itu.

Sumber: Xtra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.