in

“Dia seorang yang baik” – Amir Ahnaf Puji Sarah Yasmine, Tepis Dakwaan Anna Jobling Cuba Nak Jadikan BF

Ft Amir Ahnaf Sarah Asmine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Amir Ahnaf juga antara nama yang terpalit dalam isu melibatkan wanita dari Singapura iaitu Sarah Yasmine, bagaimanapun pelakon Projek: High Council itu tidak melatah apabila disoal megenai wanita yang dianggap kekasih gelap kepada pelakon Aliff Aziz itu.


Dalam temu bualnya bersama mStar Online baru-baru ini, Amir Ahnaf dengan tenang mengakui bahawa dia mengenali Sarah Yasmine.

Artikel berkaitan : “Itu satu compliment” – Nadhir Nasar & Amir Ahnaf Tak Kisah Dipanggil ‘Muka Awam’

Artikel berkaitan : “Without peminat, dia nothing” – Tak Layan Nak Bergambar, Peminat Dakwa Amir Ahnaf Sombong?

“Sebenarnya saya kenal dia. Ketika itu saya berada di CelebFest selama tiga hari. Kebetulan gerai saya sebelah gerai Anna Jobling dan seperti kita tahu Sarah berkawan dengan Anna.”

“Saya selalu lepak di belakang gerai untuk makan dan mereka ada di sebelah, jadi kami lepak bersama. Dia (Sarah) banyak tolong angkat barang dan dia orang yang baik.”

“Kami tidak lagi berhubung tetapi Sarah seorang yang baik, selalu tolong kami (Amir dan Anna). Dia jaga kami macam ‘bodyguard’, tolong (beri laluan) sebab Amir dan Anna nak lalu.”

Dalam gambar tangkap layar yang tular di media sosial baru-baru ini, dikatakan nama Amir Ahnaf juga turut dipetik dalam perbualan itu. Ia berkenaan dengan tindakan Anna Jobling mempunyai percubaan mahu menjadikannya teman lelaki.

Dakwaan itu ditepis oleh Amir Ahnaf dan menyatakan bahawa hubungan mereka sekadar berkawan rapat.

“Tidak ada apa-apa percubaan. Selepas apa yang berlaku terhadap Anna, kami masuk dalam set penggambaran.

“Saya tahu yang dia single dan saya pun single, dan saya cakaplah yang kalau boleh saya tidak mahu ada apa-apa dengan dia. Sebab saya tidak mahu apa-apa jadi pada masa hadapan. Jadi, lebih baik kita menjadi kawan.” 

Tegas Amir lagi, dia mengenali Sarah dan mereka tidak pernah berhubung selepas daripada terlibat dalam satu acara.

Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.