Setiap orang pasti akan ada kisah hitam dalam hidup mereka, sebab itulah kita tidak boleh jatuh hukum pada seseorang itu hanya kerana dosa-dosa lampaunya.
Macam kisah ini, siapa sangka daripada seorang jutawan kaki perempuan, lelaki ini kini sudah memeluk Islam.
Artikel berkaitan : “Banyak yang dia ajar” – Angeline Tan Dedah Peluk Islam Atas Bimbingan Sabri
Artikel berkaitan : Penjaga Blake Si Anjing Penyelamat Peluk Islam
Jutawan Britain, Danny Lambo, 37 menceritakan pada awalnya dia ada urusan kerja dan perniagaannya di Riyadh. Namun begitu, urusan itu selesai lebih awal daripada waktu yang dia jangkakan.
“Memang benar apa yang mereka katakan, anda tidak pernah tahu perjalanan hidup anda. Saya pergi ke Riyadh untuk urusan perniagaan dan selesai awal.”
“Saya sepatutnya menonton perlawanan akhir Formula Satu (F1) kerana mendapat tiket VIP dari seorang kawan tapi saya tak dapat hadir. Namun ada ‘sesuatu’ dalam kepala saya menyuruh saya melawat Jeddah.”
“Jadi, saya menaiki kapal terbang, selepas tiba saya sesat di lapangan terbang.”
Ketika dia sedang mencari jalan, Lambo bertemu dengan seorang individu yang telah membuka matanya untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam.
“Saya bertemu dengan Abdul Basit, seorang pelajar Universiti Madinah. Dia merupakan orang yang paling ikhlas dan jujur yang pernah saya temui dalam hidup saya.”
Kata Lambo, Abdul Basit memberitahunnya bahawa Tuhan (Allah) yang membawa dirinya ke sana dan dia benar-benar merasakan berada dalam perjalanan rohani untuk mencari makna sebenar kehidupan.
“Dia membawa saya ke Kaabah, menunjukkan kepada saya langkah demi langkah, perkataan demi perkataan bagaimana melakukan ibadah umrah dan kini dia mengubah hidup saya selama-lamanya.”
“Ia pengalaman yang penuh emosi. Saya telah kembali ke London sebagai seorang Muslim yang baru dilahirkan.”
Lambo dilihat kongsi fotonya mengerjakan umrah di Makkah dan mengalirkan air mata ketika berada di tanah suci.
Menurut mStar Online, Lambo sebelum ini memang terkenal dengan sikap kaki perempuan dan dia mula terkenal selepas sertai program realiti The X Factor pada tahun 2017.
Dia yang berasal dari Croydon memang terkenal dengan sikap suka bermegah dan minat terhadap kemewahan serta obses dengan Lamborghini, sampaikan namanya asalnya, Danny Kern diubah kepada Danny Lambo.
Sumber melaporkan bahawa dia pernah dipandang rendah oleh guru kerana dianggap tiada kelayakan selepas habis sekolah. Bagaimanapun, Danny membuktikan sebaliknya, dia meraih kejayaan luar biasa dan bergelar jutawan hasil perniagaannya.
Perniagaan hotel miliknya itu berkembang pesat di London dan ia adalah sumber utama pendapatannya yang dianggarkan lebih daripada RM 299.97 juta.
Sumber : mStar Online