in

“Raya tahun ni kena bahagi dua” – Misya Mazlan

Ft Misya Bagi Statement Raya Bahagi 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri kepada Ahmad Aslam iaitu Umisya Mazlan telah memberikan satu kenyataan berkenaan dengan sambutan hari raya Aidilfitri yang dianggap berbeza pada tahun ini.


Menerusi Kosmo! Misya turut menjelaskan bahawa sambutan hari raya tahun ini juga dianggap mencabar berbanding dengan sambutan raya untuk tahun 2023.

Artikel berkaitan : Norman & Abby Didakwa Tak Restu Perkahwinan Marissa, Desak Untuk Bercerai?

Artikel berkaitan :“Mana datang statement ni?” – Abby Abadi Bersuara Isu Anak Nikah Di Thailand

“Tahun ini (raya) agak mencabarlah sebab mengalah dan bahagi dua.”

Jawapan yang diberikan itu sekaligus telah memberi bayangan berkenaan dengan status suaminya, Ahmad Aslam yang dikatakan sudah berkahwin dua dan perlu beraya secara bergilir-gilir dengan isteri pertama dan isteri kedua.

Misya 2

Disebabkan itu, rata-rata netizen sebak dengan jawapan yang diberikan oleh Misya dan anggap bahawa wanita ini sangat kuat mengahadapi dugaan hidup.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Misya masih belum memberikan sebarang pengesahan mengenai khabar angin yang mengatakan suaminya sudah bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu. Pun begitu, perkara ini telah disahkan oleh kakak Misya sendiri yang dikenali sebagai Nadiah.

Sementara itu, ibu bapa Marissa yang juga pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim masih kekal mengunci mulut tanpa memberikan sebarang pengesaan atas dakwaan itu.

Sumber : Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.