Malaysia diramalkan bakal dilanda jerebu dalam masa terdekat selepas hampir 1.6 juta hektar hutan dilaporkan terbakar di Indonesia.
Menurut sumber, pihak berwajib di Indonesia telah berjaya mengesan ratusan titik panas akibat pembakaran hutan di Kalimantan.
1.6 juta hektar hutan yang terbakar ini disifatkan terburuk sejak 2015, memaksa kerajaan Indonesia untuk mengisytiharkan darurat pada 1 Julai lalu.
Buat masa ini, pihak berkuasa sedang berusaha untuk memadam kebakaran dengan menggunakan pesawat pengebom air dan melaksanakan pembenihan awan. Operasi memadam pembakaran ini dijangka berlanjutan sehingga bulan September ini.
Berita ini nampaknya tidak diterima baik oleh rakyat Malaysia yang rata-ratanya menggesa kerajaan Indonesia untuk mengambil tindakan drastik agar masalah ini dapat diselesaikan.
Dengan penyebaran wabak Covid-19 dan jerebu yang bakal melanda Malaysia, pemakaian topeng muka dilihat sebagai sesuatu yang harus dipraktikkan oleh kita semua.
Kredit: Berita Harian