in

“Rasanya kesemua Reseller under dia gunakan 2 ayat ni” – Lelaki Bagi ‘Hint’ Kalau Nak Tahu Fake Perfume Yang Dijual Online

Perfume6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tak suka barang branded tapi dengan harga yang murah kan? Misalnya macam beli perfume, pasti kena  tengok mana-mana seller yang dijual secara online sebab biasanya mereka jual dengan harga yang agak murah berbanding di mall.


Tapi kena hati-hati juga, sebab kalau harga-harga yang murah tu biasanya fake tau, bayar dengan harga tinggi tapi dapat barang tiruan. Macam-macam agenda penjual yakinkan yang barang mereka itu asli.

Jadi, bagi mengelakkan korang menjadi mangsa penipuan atau mereka yang pernah ditipu sebelum ini, lelaki yang arif dalam bab wangian, @AusMeshi ini akan berikan cara bagaimana nak kesan kalau seller itu jual fake perfume.

 

1. Harga Perfume Niche

Ok, biar min explain kat korang dulu apa itu Niche Perfume, mungkin ada yang tak tahu

Niche perfume ini adalah produk wangian yang dibuat oleh syarikat yang khusus untuk hasilkan wangian.

Berbeza dengan jenama terkenal yang kita selalu dengar macam Gucci, Versace, Dior, Chanel. Itu semua orang akan panggil Designer Perfume’Fragrances, iaitu jenama fesyen yang diperluaskan produk mereka kepada wangian.

Malah, Celebrity Perfume/Fragrances pula biasanya produk wangian yang dihasilkan oleh selebriti, seperti Lady Gaga Fame oleh Lady Gaga ataupun Ariana Grande dan ramai lagi, biasanya mereka akan gunakan nama mereka.

Kebanyakan harga Niche Perfume ini ribuan ringgit, paling murah pun RM400 keatas, jadi menurut pemuda ini, kalau penjual itu mengenakan harga yangg begitu murah, itu hanyalah tiruan.

“Perfume Niche yang berharga RIBUAN Ringgit tapi mereka boleh jual dengan harga RM 150-RM 250 sebotol atas alasan Perfume ni rosak sikit, box damage. Contoh seperti Aventus Creed.” 

Harga pasaran untuk wangian ini biasanya RM1,500

Perfume

 

2. Harga Flat Rate

Eo2Wuwcvgaez0Qp

Bagi mereka yang minat dengan wangian, biasanya harga mampu milik bagi mereka adalah harga Desinger Perfume, ada yang murah dan ada juga yang mahal, pokok pangkalnya harga itu berbeza-beza mengikut harga pasaran yang ditetapkan.

“Kesemua Perfume Designer yang mereka jual semuanya sama harga. RM 160 shj (lihat gambar). Dan semua Niche Perfume RM 250 shj ! Ada yang aku pernah jumpa dia tidak diskriminasi langsung… Niche ke Designer ke, semua sama harga, RM 200.”

Perfume2

 

3. Harga Combo

Kata pemuda ini lagi, kalau korang terjumpa orang jual dengan harga combo, itu memang tak boleh dipercayai. Contohnya seperti ini.

Eo2Wvopuyautmdi

“Harganya, 1 botol jadi RM 73. Dah tu modal beli perfume berapa? RM 50 ? Sekali lagi, kalau betul itu harganya, baik lah aku beli dari dema ni, buat apa aku beli kat Retail, mahei! Aku sanggup bayo RM 100 sebotol”

Manakan tidak, kalau dah harga semurah itu pasti modal akan jauh lebih murah daripada harga yang mereka bagi. 

 

4. Penggunaan ayat yang terlalu nak meyakinkan pembeli

Eo2Wwwsu8Ambpif

Kata pemuda ini lagi, kalau ternampak istilah-istilah sebegini dekat penjual yang kata produk jualan mereka itu asli, jangan lah beli :

• Dubai
• Reject
• Gred AAA
• Defect
• Direct Kilang

“Larikan lah diri. Paling aku nak tekankan adalah ‘Factory Reject’ atau ‘Direct Kilang’. Betapa besonya hang ni sampai boleh deal direct dengan Kilang ?.”

Perfume3

 

5. Batch code

Mereka akan gunakan kaedah ini untuk meyakinkan bahawa barang jualan itu adalah tulin. Tetapi sebenarnya ia hanya digunakan untuk ketahui tarikh dikilang, tak semestinya ianya produk asli.

Ini menarik dan bijak sebenarnya, Fake Seller menggunakan Batch Code sebagai penentu Perfume itu Ori atau tidak.

“Lepastu, mesti suruh check kat CheckFresh. Takde salah pun betul lah tu. Cuma nak ingatkan, Check Fresh ni Third Party ye, bukan nya agent ataupun orang yang directly involve dengan Brand. Gunakan BatchCode sebagai penentu ORI ke tak, pelik disitu.”

 

6. “No fussy buyer / No refund”

Ni paling famous, perkataan ini selalu digunakan oleh seorang penjual di Instagram. Bersepah Reseller dan Dropship dia aku tengok kat Instagram tu (Siapa yang tahu, tahu lah)

“Rasanya kesemua Reseller under dia gunakan 2 ayat ni. Famous gila!”

Perfume4

 

Baca: “Dalam dunia perfume hanya wujud ORIGINAL & FAKE” – Penjelasan Telus ‘Reject Perfume’ Sebenarnya Tak Wujud

Perfume5

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.