in

“Dalam dunia perfume hanya wujud ORIGINAL & FAKE” – Penjelasan Telus ‘Reject Perfume’ Sebenarnya Tak Wujud

Perfumetiruan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Produk minyak wangi berjenama ini, umumnya kita sedia maklum bahawa harga agak mahal di pasaran.


Cuma, ada sesetengah pihak yang cuba ambil kesempatan dengan memperdaya pelanggan untuk meyakinkan bahawa produk tiruan itu adalah tulen, dijual dengan sedikit murah kerana mereka dakwa itu adalah barang reject bagi melariskan perniagaan mereka.

Lebih teruk lagi, ada pihak yang akan jual setanding dengan harga asal. Disebabkan itu, Facebook Zaccard pernah kongsikan bahawa Reject Perfume ni tak pernah wujud sebab…

 

Reject perfume wujud ke? Oh tidak..

Sebagai penjual minyak wangi berjenama tulen dan tahu selok belok dalam dunia perfume ini, Zaccard menjelaskan bahawa reject perfume ini tak pernah wujud!

Pasti kita akan dengar bahawa dakwaan mengatakan reject perfume ini adalahh produk tulen tetapi botol rosak dan berlaku sedikit masalah pada packaging mereka.

Disebabkan itu, Zaccard memberi respon bahawa,..

“Tidak pernah company-campany perfume ni dengan senang-senang melepaskan barang yang dah rosak di pasaran. Mereka sanggup hancurkan barang yang rosak dari di jual kepada pengguna, sebab mereka kena jaga standard jenama mereka sebab perniagaan perfume bukan satu perniagaan yang mudah dan kesannya mereka sendiri merosakkan jenama mereka sendiri.”

REJECT PERFUME WUJUD ?Reject perfume wujud ke? Oh tidak…tidak pernah company2 perfume ni dgn senang2 melepaskan brg…

Posted by Zaccard on Rabu, 9 Oktober 2019

Tambahnya lagi istilah reject perfume ini hanya wujud di negara Malaysia sahaja dan bukan di negara-negara lain.

“Dalam industri perfume persaingan jenama sangat sengit. Reject ni hanya di Malaysia sahaja, cuba research apakah reject perfume ni ada di negara-negara lain? US, Euro di mana ianya terkenal sebagai tempat pengeluaran perfume.

Malah minyak wangi berjenama yang dijual dengan harga yang mahal bukan lah sebab suka-suka pelanggan letak harga, tetapi kos untuk menghasilkan wangian itu sangat tinggi dan setiap jenama kos mereka berbeza-beza.

KENALI KOS2 PERFUMEKenapa perfume spt creed, amouage,tom ford dn lain2 tidak boleh di jual dgn harga rm100+ , ini…

Posted by Zaccard on Isnin, 8 Julai 2019

Logik akal..Apakah anda yg berniaga sanggup menjual barang yang rosak kepada pelanggan anda? Adakah kilang kereta melepaskan kereta keluaran mereka yang kemek,calar ke pasaran?”

Jadi, Zaccard rumuskan bahawa dalam duunia perfume ini hanya wujud ORIGINAL & FAKE  sahaja dengan diputar belitkan istilah-istilah ‘penyedap rasa’

Jadi kita sebagai pelanggan ini, kena lah hati-hati, seperti yang dikatakan ini produk tiruan mungkin menggunakan bahan-bahan yang dapat merbahayakan kita semua. Apa pun terserlah kepada pengguna.

 

Baca : Kaut Keuntungan Lebih RM10 Ribu Sebulan, ‘Instafamous’ Kantoi Jual Minyak Wangi Tiruan?

Fake2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.