in

“Rasa tak selamat!” – Pasangan Dari China Terkejut Temui Kamera Tersembunyi Di Bilik Penginapan Di Sabah

Kamera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengalaman indah pasangan dari China yang datang ke Sabah untuk berbulan madu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila terjumpa kamera tersembunyi di penginapan mereka.


Dipercayai, wanita itu meminta suaminya untuk memeriksa bilik untuk memastikan tiada kamera tersembunyi dan terdapat satu soket menghadap tempat tidur menjadi tumpuan mereka.

Lelaki terbabit menyuluh soket itu menggunakan telefon dan kelihatan seperti terdapat pantulan cahaya. Mereka membuka panel soket dan terkejut ada kamera tersembunyi diletakkan di antara dua port USB.

Kronologi kejadian tersebut diviralkan melalui platform media sosial terkenal di China.

Pasangan itu turut membuat laporan polis dan trauma dengan kejadian itu. Mangsa dikatakan menuduh pihak pengurusan kerana enggan membayar penginapan.

Lantas, sebaik mereka pulang ke negara asal, pasangan itu membuat pendedahan untuk memberi amaran kepada orang lain kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

@sabah_infoPelancong temui kamera tersembunyi di penginapan Kota Kinabalu. Pendedahannya telah viral di media sosial negara China.

♬ original sound – Sabah Info

Artikel berkaitan: “Test kamera baru ke?” – Wanita Rakam Kelakuan Aneh Lelaki Ambil Gambar Anak Kecil Di Taman Permainan

Artikel berkaitan: Kelibat Kak Ponti Terakam Kamera, Netizen Sakan Troll Pulak Sebab Cara Terbang Lain Macam

Pendedahan wanita ini telah viral di Negara China.

Pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan sekiranya dakwaan wanita itu benar kerana perkara ini amat memalukan dan bakal menjejaskan sektor pelancongan kita.

Sekira sebaliknya, kita perlu mempertahankan tanah air kita dari dijadikan kambing hitam untuk menghangatkan sesuatu perkara.

Rata-rata komen diberikan mengutuk sekerasnya tentang penemuan kamera itu atas tujuan tidak bermoral.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.