in

Kelibat Kak Ponti Terakam Kamera, Netizen Sakan ‘Troll’ Pulak Sebab Cara Terbang Lain Macam

Kak Ponti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ada yang tak percaya, tapi bagi mereka yang percaya, kadang bila disebut nama makhluk ghaib ni pun dah boleh menyebabkan bulu roma tegak berdiri,


Bercakap pasal makhluk ghaib, hari ni min nak kongsi satu video seram mengenai penampakan pontianak. Tapi, apa yang menjadi perhatian dalam video ni adalah gaya Kak Ponti tu terbang dan pemakaiannya yang berbeza dengan apa yang kita kenal. Sampaikan ada netizen yang kata video terbabit yang sepatutnya seram jadi lucu pulak.

Kosmo! melaporkan, video berdurasi 45 saat itu tular selepas dikongsikan ke media sosial Twitter. Menerusi video terbabit, si perakam sedang curi-curi merakam ke luar rumahnya sebelum Kak Ponti berpakaian warna gelap muncul dengan gaya terbang yang disifatkan ramai seolah-olah berenang di udara.

Korang boleh tengok video tu kat bawah ni. P/S: kalau agak2 korang lemah semangat, skip jelah video ni yerk. 

[VIDEO] Kak Ponti betul atau fake…Kalau jumpa malam-malam lari juga.

Posted by Kosmo Online on Thursday, September 29, 2022

“Hilang pulak vibe seram lepas tengok gaya terbang Kak Ponti” – netizen

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih lebih 40 ribu tontonan dan dibanjiri ratusan komen netizen. Rata-ratanya terhibur dengan gaya terbang Kak Ponti. Pun begitu, ada juga yang menduga video terbabit mungkin diedit.

“Kak Ponti bekas angkasawan ke? Rilek je berenang atas angin macam pro,” tulis netizen.

“Edit atau tak tapi vibe malam still nampak seram,” kata pengguna lain.

“Ponti dah kehabisan baju putih ke?” tanya yang lain pula.

Sumber: Kosmo Online!

Baca: Seram! Penampakan Kelibat Pontianak Di Gelanggang Badminton, Tetapi Ini Reaksi Netizen…

Gambar Hiasan 1 E1664587715528

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.