in

“Test kamera baru ke?” – Wanita Rakam Kelakuan Aneh Lelaki Ambil Gambar Anak Kecil Di Taman Permainan

Ft Lelaki Rakam Anak Orang

Zaman sekarang ni, kanak-kanak pun dah tak terkecuali daripada ancaman-ancaman orang ‘pelik’ ini, Buktinya dapat dilihat dalam satu kejadian ini apabila seorang ibu merasakan ada sesuatu yang tak kena terhadap seorang lelaki ini saat sedang membiarkan anaknya bermain di playground.

Perbuatan itu mendapat perhatian menerusi satu rakaman tular yang menunjukkan seorang lelaki dewasa asyik merakam aksi kanak-kanak di taman permainan.

Sambil duduk atas bangku senaman, lelaki tersebut menghalakan kamera telefonnya ke arah beberapa anak kecil yang sedang bermian

“Tak tahu apa masalah dia snap gambar budak-budak tu? Test kamera telefon baru ke?”

Jelas pemilik video yang juga merupakan ibu kepada salah seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa bahan rakaman lelaki itu, dia menyatakan bahawa tujuan dia membuat rakaman aksi lelaki tersebut adalah bukti sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tak diingini.

Screenshot 2023 07 24 130523

“Nak kata mata aku salah, tak kot. Sebab aku perhati lama dah. Bukan seminit, dia snap sana sini gambar budak-budak. Takkan semua budak-budak tu anak dia.”

“Eh tiba dia snap gambar anak aku. Terus aku record dia. Lepastu dia berhenti, dia balah dari situ.”

Screenshot 2023 07 24 130542

Wanita tersebut tidak berani menegur pelaku kerana suaminya tiada di lokasi kejadian malah dia turut bimbang akan keselamatan anak-anaknya.

“Hairan betul. Ni kalau laki aku ada, dah kena dah ni. Aku nak pergi sergah tadi, tapi memikirkan aku dengan anak-anak semua perempuan, seram la pula. Lagi pun kat situ mak ayah buat tak tahu je.”

Screenshot 2023 07 24 130633

“Pelik juga, kalau mata aku salah sorry la bro ya. Tapi mata aku masih clear, tak rabun. Tak puas hati sampai sakit kepala aku, denyut duduk memikirkan kejadian tadi.”

Menurut mStar Online, kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan sebuah pusat beli belah di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru berdasarkan hashtag dekat video yang telah meraih lebih 35,000 jumlah tontonan tersebut.

Baca : “Ayah saya masak ketum” – Cikgu Rakam Anak Mengaku Bapa Masak Ketum Di Rumah, Penceramah Mohon Jangan Sebar Video Sebab…

Masaklah Ketum