in

“Rasa nak tolong suapkan dia” – [VIDEO] Susah Nak Makan, Aksi Pemuda OKU Buat Netizen Tersentuh

Fi Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak semua dilahirkan ke muka bumi ini dengan fizikal yang sempurna tapi tiada siapa juga yang betul-betul sempurna.


Ada juga yang dilahirkan dengan kekurangan dan dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) namun masih mempunyai keinginan untuk meneruskan hidup seperti insan biasa.

Seperti kisah pemuda ini, yang tetap cekal meneruskan kehidupan hariannya.

 

Jangan sia-siakan nikmat Tuhan

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok apabila aksi seorang pemuda OKU yang dikenali sebagai Amir Azam menyentuh hati semua orang.

Melalui posting terbaru di akaun TikToknya, Amir menunjukkan kepada semua macam mana cara dia hendak makan.

Dapat dilihat bahawa dia terpaksa meletakkan makanan itu di atas lantai lalu terpaksa menunduk untuk makan tanpa menggunakan tangan.

Hal ini kerana, Amir dikatakan tidak mampu untuk menggunakan tangannya dengan elok dan dia juga turut bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.

Perkongsiannya itu sehingga kini telah meraih hampir 150k views di TikTok.

@amirazam94

Allah berikan nikmat kehidupan janganlah kamu persia-siakan nya ?#fyp #fypシ

♬ bunyi asal – Amir Azam – Amir Azam

 

“Kau lebih sempurna di mata Allah SWT”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasa sebak dengan keadaan pemuda itu. Di samping itu, mereka turut menyatakan bahawa dia lebih sempurna di mata tuhan berbanding sesiapa yang lengkap anggota badan.

Reak Oku 1 Edit

Reak Oku 2 Edit

Reak Oku 3 Edit

Sama-sama kita doakan supaya Amir ini dipermudahkan segala urusannya.

 

Baca : “Lawak tak kena langsung” – Didakwa Persenda Lelaki OKU Tiada Tangan, Baby Shima Dikecam Netizen

Foot Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.