in

Ramai Tak Suka MB Selangor Sebab….

Page Mb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni rakyat Selangor dah dapat Menteri Besar yang baru menggantikan Datuk Seri Azmin Ali yang dah memegang jawatan tersebut selama dua penggal.


Azmin yang dah mengangkat sumpah jawatan Menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan di bawah portfolio Menteri Hal Ehwal Ekonomi telah digantikan oleh Amirudin Shari, ADUN Sungai Tua.

A1
sumber: twitter

Walaupun Amirudin mempunyai pengalaman yang banyak dan sudah lama berkecimpung dalam dunia politik, menurut Cari, masih ada lagi yang kurang berpuas hati dengan pelantikannnya.

Seorang individu telah memuat naik posting mengatakan semua Menteri Besar Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai track record yang baik.

T1 4
sumber: twitter

Tweetnya mendapat perhatian ramai dan ramai mula menyedari bahawa Amirudin bukanlah anak kelahiran Selangor sekaligus bagi mereka, beliau tidak layak memegang jawatan selaku MB Selangor.

T6
sumber: twitter
T5
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir yang merasakan orang ramai seharusnya terima pelantikan tersebut lagi-lagi kerana Sultan sendiri dah merestukannya. Bukan itu sahaja, ada juga yang meminta orang ramai supaya memberikannya masa untuk melakukan tugasnya.

T7
sumber: cari

Namun begitu, hal ni tak berhenti di situ sahaja kerana dipanjangkan bila pegawai kerajaan terkilan dengan tindakan pihak atasan yang menafikan hak anak negeri.

T8
sumber: cari

Tak cukup dengan tu, ada juga yang cuba menerangkan bahawa walaupun Amirudin merupakan anak kelahiran Johor, tetapi beliau banyak berbakti kepada negeri Selangor.

Bro, dia lahir je kat johor. Tapi semua kerja dengan titik permulaan dia dekat Selangor. So, dah dia berkorban banyak apa salahnya kalau dia dapat jawatan tersebut?”

Masih tidak berpuas hati, individu tersebut tetap mempertahankan pendapatnya mengenai Amirudin.

T9 1
sumber: twitter

Apa kata kita berikan masa untuk Amirudin menjalankan tugasnya terlebih dulu. Ye lah baru je lagi dia pegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Selain itu, betul juga kata pengguna Twitter, Amirudin dah banyak berjasa kepada Negeri Selangor.

Rileks lah semua.

Baca: Jom Kenal Siapa Amirudin, MB Selangor Baru

Page Mb 2 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.