in

Jom Kenal Siapa Amirudin, MB Selangor Baru

Page Mb 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam persoalan mengenai pengganti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar (MB) Selangor akhirnya terjawab selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari mengangkat sumpah sebagai MB baru Selangor di Istana Alam shah.


Tapi korang semua betul-betul kenal tak MB baru ni? Jom kita kenal siapa Amirudin, MB baru Selangor.

 

1. Pelajar jurusan Sains Sosial dan aktivis

A1
sumber: wob

Sebelum terjun ke bidang politik, Amirudin merupakan pelajar jurusan Sains Sosial di Universiti Putra Malaysia. Semasa masih bergelar seorang pelajar, beliau juga merupakan seorang aktivis dan terkenal dengan kemahiran berdebat.

 

2. Dah join PKR selama 14 tahun

A2 1
sumber: wob

Semasa berusia awal 20-an lagi beliau dah terlibat dengan aktif dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan merupakan Exco Angkatan Muda PKR sejak 2004 yang kemudiannya dilantik sebagai naib ketua pergerakan tersebut.

Pada tahun 2008 pula, Amirudin telah memenangi kempen pertama beliau semasa Pilihan Raya Ke-12 (PRU12) sebagai calon muda. PRU12 merupakan pertama kali gabungan parti pembangkang menggulingkan Barisan Nasional (BN) dalam sejarah negeri Selangor.

 

3. Pernah menguruskan Pasukan Bola Sepak Selangor

A3 1
sumber: fmt

Jangan tak tau, MB baru kita ni pernah menguruskan Pasukan Bola Selangor tau! Beliau juga dah berjaya membuktikan kebolehan dalam menguruskan mereka apabila Pasukan Selangor berjaya memasuki pusingan akhir Liga Malaysia secara berturut-turut pada tahun 2015 dan 2016.

Pasukan Selangor menang liga tersebut pada 2015 dan dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Sukan SUKMA 2016. Sebagai pengurus pasukan bola sepak, beliau juga sangat tegas dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengenai keadaan Stadium Shah Alam.

 

4. Merupakan ADUN Sungai Tua

A4 1
sumber: fmt

Masa PRU14 pada bulan Mei yang lalu, Amirudin telah memenangi kawasan Sungai Tua dan ia adalah kali ketiga beliau memenangi serta memegang jawatan tersebut sejak berkempen kali pertama di PRU12.

 

5. Banyak melakukan kerja-kerja yang membangunkan belia negeri

A5
sumber: wob

Selain daripada menjadi ADUN, beliau turut dilantik oleh Azmin Ali pada tahun 2014 sebagai Exco Kerajaan Negeri bagi Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan.

Sewaktu menjadi Exco Kerajaan Negeri, beliau telah memulakan beberapa program berorientasikan belia dan menggalakkan penyertaan E-sports melalui pertandingan seperti Selangor Cyber Games.

So, apa pendapat korang pasal MB baru Selangor, Amirudin Shari? Macam-macam pengalaman beliau kan? Mari kita tengok apa lagi pembaharuan yang beliau akan buat selaku MB Selangor kali ini.

Baru tau latar belakang MB ni.

Sumber: WORLD OF BUZZ

Baca: Dari Kulinari Ke Politik, Inilah Mat Sabu

Page Mat Sabu 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.