in

Tular Pertandingan MMA Libatkan Kanak-kanak, Johan Ghazali Tampil Beri Teguran

MMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular di media sosial mengenai pertandingan WWC Championship Malaysia yang menyaksikan dua orang kanak-kanak bertarung dalam acara Mixed Martial Arts (MMA).

Difahamkan, kedua-dua peserta muda itu masing-masing berasal dari Malaysia dan Indonesia.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak setuju dengan penglibatan kanak-kanak dalam pertandingan seumpama itu.

Mereka berpendapat tindakan tersebut boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak lain, terutama dalam situasi semasa yang menyaksikan peningkatan kes keganasan membabitkan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini.

sukan

Artikel berkaitan : “Mak dia nangis weh” – Johan Ghazali Hadiahkan Ibu Jam Tangan Mewah Buat Netizen Terharu

Artikel berkaitan : “Soalan tu trap” – Dakwa Silat Olahraga ‘Fight Tak Real’, Johan Ghazali Kecewa Kenyataan Disalah Erti

Selain itu, ada individu yang berpendapat bahawa ibu bapa sepatutnya menghantar anak-anak mereka untuk menyertai latihan boxing untuk kategori amatur terlebih dahulu sebelum menggalakkan anak-anak untuk menyertai pertandingan seumpama ini.

Dalam masa yang sama, atlet muda Muay Thai negara, Johan Ghazali (Jojo) juga turut menegur penganjur yang terlibat dengan acara tersebut yang melibatkan kanak-kanak itu dengan meninggalkan komen pada hantaran di Instagram individu tersebut.

“Sudah-sudahlah memalukan sukan ini, pakcik. Penonton bukannya tidak berfikir atau mudah terpengaruh dengan gimik seperti ini. Pakcik mungkin berniat baik, tetapi tindakan sebegini hanya menambah kepada masalah, bukan menyelesaikannya. Lihatlah gambaran yang lebih besar,” tulisnya.

jojo ghazali

Rata-rata warganet juga dilihat bersetuju dengan teguran Jojo Ghazali itu.

Apa pula pendapat anda? 

Sumber: Threads, Instagram Harimaumalaya  

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.