in

“Ramai lagi yang tak tahu” – [VIDEO] Lelaki Kongsi Kewujudan Sensor Jalan Raya Untuk Lampu Isyarat

SENSOR LAMPU

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang pengguna jalan raya kita mesti pernah berdepan dengan situasi tersangkut dekat lampu isyarat merah sedangkan traffic light di laluan lain silih ganti bertukar warna. Situasi sebegini kebiasaanya terjadi sewaktu lewat malam atau semasa kurang kenderaan di jalan raya.

Secara umumnya ini berlaku disebabkan traffic light tidak menyedari kehadiran kenderaan kita sekaligus ‘melangkau’ giliran kita untuk teruskan perjalanan. Perkara ini dikongsi di TikTok seorang lelaki @alarisihadi yang memuatnaik satu video menerangkan tentang fungsi loop sensor.


@alarisihadi

#biartahujangankeliru #fypシ #viraltiktok #fypdongggggggg #foryoupage #jalanrayamilikbersama

♬ –

Bagi yang tak tahu, lampu isyarat sebenarnya akan mengesan kehadiran kenderaan menerusi satu alat pengesan iaitu loop sensor. Sensor ini kemudiannya akan menghantar satu isyarat kepada lampu isyarat untuk menukar warnanya.

Jadi sekiranya tiada kenderaan di laluan tersebut, loop sensor akan memendekkan tempoh lampu hijau di laluan tersebut dan menghantar isyarat kepada lampu menandakan tiada kenderaan.

Seterusnya dalam video tersebut, lelaki ini menjelaskan yang kedudukan sensor tersebut kebiasaannya terletak di dalam satu kotak yang berada sebelum garis berhenti lampu isyarat.

Disebabkan itulah kereta yang berhenti sebelum garis tersebut sebenarnya salah dan kedudukan tepat adalah tayar kenderaan sepatutunya berhenti atas sensor tersebut. Barulah lampu akan tukar hijau dan jalan tak akan sesak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen baru tahu akan kewujudan dan fungsi sensor jalan raya ini. Ada juga yang mengatakan bahawa sensor ini susah untuk detect motor.

“Saya naik motor lampu tak hijau hijau?” – Komen netizen

KOMEN JALAN

Lepasni korang berhentilah betul-betul atas sensor tu ya! Barulah jalan tak sesak!

Baca: [VIDEO] Sekumpulan Lelaki Bagi Air Percuma Dekat Pengguna Jalan Raya Yang Sangkut ‘Jammed’ Di LPT

AIR

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.