in

Ramai ‘Broken’ Tengok Video Aksi Mesra Khairulaming Dengan Gadis Di Kafe, Tuan Badan Beri Penjelasan…

Ft Khairul Aming Baju Biru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini sebuah video telah menjadi tular selepas meraih 2 juta jumlah tontonan dalam masa 24 jam selepas ia dimuat naik, yang memaparkan influencer terkenal, Khairul Aming bersama seorang wanita yang dirakam secara sembunyi.


Menerusi video tersebut, dapat dilihat Khairul Aming sedang berbual mesra bersama seorang wanita ketika mereka berada di sebuah kafe terkenal di Kota Bharu, Kelantan.

Disebabkan video tular tersebut, ramai netizen yang mendakwa mereka merupakan pasangan kekasih kerana Khairul Aming bukanlah seorang yang suka berkongsi kisah peribadi.

@63emiz

Episode 23 : abe @Khairulaming

♬ Kecundang by Masdo – Sofea Yaya

Oleh itu, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa susulan spekulasi yang mengatakan gadis itu merupakan teman wanita kepada influencer tersebut.

Malahan, ada juga dalam kalangan warganet yang merasa broken dan sedih jika benar gadis di dalam video tersebut adalah benar-benar kekasih kepada Khairul Aming.

“Heyy babai gaiss” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sendu apabila melihat pempengaruh kegemaran mereka itu sudah mempunyai teman istimewa.

Screenshot 2 2

“Aduh jauh twist ni” – Khairul Aming

Susulan perkara tersebut, Khairul Aming menerusi sebuah ciapan, telah tampil untuk menjelaskan bahawa gadis tersebut bukanlah teman istimewanya seperti yang didakwa, sebaliknya hanyalah seorang peminat yang mengajaknya untuk sama-sama membuat konten di TikTok.

Difahamkan video rakaman tersebut telah dirakam secara sorok-sorok tanpa mempunyai niat untuk ia menjadi tular di media sosial.

Harap lepas penjelasan ni peminat Khairul Aming semua tak broken dah!

Sumber: TikTok, Twitter

Baca : “Well deserved” – Tunjuk Notifikasi Keluar Bertubi-tubi, Ramai Netizen Terinspirasi Dengan Khairul Aming

Ft Sambal Khairul Aming Sold Out 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.