in

“Well deserved” – Tunjuk Notifikasi Keluar Bertubi-tubi, Ramai Netizen Terinspirasi Dengan Khairul Aming

Ft Sambal Khairul Aming Sold Out

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di  samping membuat content masakan, kita tahu bahawa Khairul Aming juga ada membuat perniagaan sambalnya. Seperti yang kita sedia maklum, jualan sambal daripada Khairul Aming ini sangat laris.


Ada netizen yang memang kena tunggu giliran untuk merasai produk sambal mereka, dengan reputasinya yang sangat baik, pastinya ramai yang ingin support perniagaannya. Buktinya semalam, kita dapat tengok tempahan yang buatkan Khairul Aming jadi tak menang tangan.

 

Restock 13,000 botol sambal, habis dalam 2 minit

Dalam video yang berdurasi 46 saat itu, Khairul Aming menjelaskan bahawa dia baru sahaja restock sambal yang untuk dijual sebanyak 13,000 unit, tapi dalam masa 2 minit sahaja, kesemua sambalnya itu habis dijual.

Dapat dilihat menerusi satu video yang menunjukkan notifikasi dari telefon bimbitnya bertubi-tubi masuk yang membuatkan Khairul Aming tergamam. Menurutnya sepanjang 3 tahun dia berniaga, ini lah sold out paling laju sekali.

Hurm, mungkin sebab bulan puasa ni, Khairul Aming tengah ‘mendunia’ dan dirinya jadi tumpuan kot, sebab ramai yang puji cara Khairul Aming respon pada satu kritikan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tumpang bangga, terinspirasi dan memuji Khairul Aming, dalam masa 17 jam ia dikongsikan di Twitter, video ini dah raih lebih 11K jumlah retweets.

Screenshot 2023 04 12 115744 Screenshot 2023 04 12 115808 Screenshot 2023 04 12 115837 Screenshot 2023 04 12 115855 Screenshot 2023 04 12 115921

Hurm, hari ini Khairul Aming nak masak apa untuk buka ya.

Baca : “Nampak tebal” – Ramai Berteka-Teki Jumlah Duit Raya Diberi Khairul Aming Kepada Staf 

Cats 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.