in

“Betul SPM bukan segala-galanya tapi” – Recruiter Jelaskan 5 Kesan Gagal SPM Dalam Dunia Kerja

Ft Recruiter Jelas Spm G Bagi Kesan Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, satu perkara yang boleh dikatakan trend pelik yang dilakukan oleh lepasan SPM baru-baru ini adalah bangga tayang keputusan gagal di media sosial.


Ia telah mengundang pelbagai kecaman daripada ramai pihak, ini semua mungkin disebabkan pegangan “SPM bukan segala-galanya” namun dengan cara mendapat keputusan gagal dan tidak hadir itu bukanlah satu perkara yang bernas.

Disebabkan itu, seorang perekrut kerja yang dikenali sebagai Reina Lum tampil bersuara mengenai perkara tersebut.

 

“Setuju, SPM bukan segala-galanya tapi kalau dah kau punya G bertingkat-tingkat macam ni…”

Ulas Reina, dia tidak nafikan dengan pegangan itu, namun jika keputusan merosot sampaikan semua G, Reina menyatakan itu bermakna calon tersebut tidak berusaha langsung.

“Kami dilatih untuk melihat keputusan sebegini sebagai satu perkara serius. Sebab tak ada usaha, tak ada disiplin, ada kemungkinan besar masalah sikap dan isu peribadi.”

Reina mengatakan bahawa jika soalan-soalan bonus yang begitu mudah dijawab itu pun tidak mampu dijawab, ia bermaksud itu adalah satu simbolik ‘bendera merah’ kepada calon.

Recruiter Jelas Spm G Bagi Kesan Kerja

Selain itu, Reina juga menjelaskan bahawa dengan keputusan yang merosot sebegini, ia telah memberikan kesan kepada peluang kerja yang akan jadi lebih terhad.

Recruiter Jelas Spm G Bagi Kesan Kerja 2

Pendek kata, jika seseorang itu mahu kerja dalam sesuatu bidang, perlu sambung belajar dalam bidang tertentu kerana dan keputusan ini tidak cukup syarat langsung.

“Awak dah hadkan peluang kerja yang awak mahu, sebab banyak gila kos yang awak dah tak boleh ambil dan walaupun awak ada duit untuk bayar, awak masih tak boleh ambil.”

Tambah Reina, syarikat yang berkualiti dan bereputasi pasti tidak berani akan ambil calon itu bekerja di syarikat mereka.

Reina menegaskan bahawa biarpun dia sendiri pengrekrut yang tidak melihat taraf pendidikan calon, tetapi jika keputusan seteruk ini, dia sendiri tidak berani untuk mengambilnya.

Ini kerana ada segelintir pihak yang anggap ia perkara remeh kerana mereka tidak mahu sambung belajar.

Recruiter Jelas Spm G Bagi Kesan Kerja 3

“I nak kerja, I nak sambung belajar, sis! Saya sendiri hire yang tak perlu ada taraf pendidikan, tapi kalau macam nilah keputusan awak, saya nak hire awak jadi cashier pun saya takut okay. Dalam dunia korporat, kitaorang nak bagi awak kerja pun, kitaorang tak boleh bagi”

Jelas Reina lagi, jika ada kerja sekalipun, ia akan membataskan seseorang itu untuk naik pangkat kerana mereka pastinya akan selidik keputusan daripada pendidikan itu terutamanya bagi mereka yang kerja kerajaan.

Recruiter Jelas Spm G Bagi Kesan Kerja 5

“Dan kepada orang-orang yang cakap, oh! Kitaorang punya SPM teruk, tapi boleh berjaya, memang boleh berjaya, tapi..”

“Biar saya jelaskan, bila awak bekerja di syarikat korporat, kalau awak nak dinaikkan pangkat, mereka semestinya akan lihat qualification awak dan akan ada had yang awak boleh dapat tanpa pendidikan awak, suka atau tidak, itu lah kenyataanya.”

Malah, Riena memberikan satu gambaran jika bekerja dalam sektor awam jika seseorang itu mahu naik ke gred yang lebih tinggi.

@reinalum

Pls my time, kalau results mcm ni nak balik rumah pun tacod! ? #viralmalaysia #fypmalaysia #tiktokmalaysia #spm #rezeki #spm2021

♬ original sound – Reina Lum – Reina Lum

Tambahnya, jika ingin benar-benar berjaya, satu jalan yang ada hanyalah membuat perniagaan sendiri, namun begitu, Reina yang  juga ada perniagaannya sendiri pun menyatakan bahawa ia bukanlah satu perkara yang mudah dan itu sebablah pentingnya ada ilmu pengetahuan, katanya.

Baca : “Ayat ko ni boleh pengaruh budak-budak sekolah” – Instafamous Dikecam ‘Tampal’ Plat Kereta 7G, Bangga Dapat Result SPM Teruk?

7G

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.