in

“Rakyat marah…”- Ramai Buat Rusuhan, Jemaah Dalam Masjid di Jakarta Ditembak Tanpa Belas Kasihan

Rusuhan Jakarta2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Rakyat marah..."- Ramai Buat Rusuhan, Jemaah Dalam Masjid di Jakarta Ditembak Tanpa Belas Kasihan
Loading
/

Masih ingat dengan insiden tembakan rambang yang berlaku di New Zealand? Kali ni kejadian yang sama tetapi dengan motif yang berbeza berlaku di negara jiran, Indonesia. Menurut Kosmo, beberapa rusuhan berlaku di sekitar Jakarta pada awal pagi 22 Mei lepas dan dipercayai telah dirancang oleh kelompok tertentu.


 

Tiada kena mengena isu agama

Menurut pihak polis, kelompok itu membuat rusuhan bukan kerana isu agama tetapi membantah keputusan Pilihan Raya Presiden Indonesia (Pilpres 2019). Mereka membantah keputusan pilihan raya umum negara itu selepas calon nombor satu Presiden, Joko Widodo atau Jokowi diisytiharkan menang, lapor Utusan.

Jokowi
sumber: malaysiakini

Orang awam ramai terdecera, malah ada yang terkena tembakan dari pihak polis. Masjid juga menjadi tumpuan dan target perusuh. Satu video menunjukkan keadaan di dalam masjid yang huru hara ketika kejadian rusuhan berlaku.

 

Rusuhan berlaku sejak lewat malam

Kejadian rusuhan itu berlaku di sekitar Jakarta antara jam 11 malam (21 Mei) sehingga jam 5 pagi (22 Mei). Kumpulan perusuh telah melontarkan batu, molotov cocktail dan mercun kepada pasukan keselamatan yang mengarahkan mereka untuk bersurai.

Ketua Divisyen Perhubungan Masyarakat Polis Indonesia, M Iqbal berkata,

Demonstrasi di beberapa tempat sejak lewat malam tadi sehingga awal pagi tadi, bukanlah “demostrasi massa spontan” tetapi dilakukan oleh sekelompok kira-kira 200 orang secara terancang bagi menjejaskan ketenteraman awam.”

 

Polis tak pakai peluru hidup

Kecoh di media sosial mengatakan pasukan polis menggunakan peluru hidup ketika cuba menyuraikan perusuh. Tapi menurut M Iqbal, polis hanya menggunakan gas pemedih mata ketika menyuraikan mereka.

Polisi2
sumber: harian metro

 

Perusuh bukan dari Jakarta

Perusuh itu kita dapati bukan asal Jakarta, tetapi dari luar Jakarta, dari Jawa Barat, dan terdapat sebuah ambulan ditahan yang tertera logo parti (tidak dinamakan), yang penuh dengan batu, polis bertindak melepaskan gas pemedih mata, ada perusuh cedera tapi belum ada datanya.”

Perusuh2
sumber: harian metro

Sejumlah 14 kenderaan dibakar oleh kumpulan perusuh ni dan menurut Awani, pihak polis telah menangkap 257 perusuh. Jurucakap polis Metro Jaya, Argo Yuwono berkata kebanyakan perusuh yang ditahan ialah penganggur dan samseng. 

Perusuh
sumber: sinar harian

Siasatan awal mengesahkan mereka dibayar untuk mencetuskan kekecohan beberapa jam selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Indonesia diumumkan, lapor Sinar Harian.

 

Rusuhan didalangi ISIS

Polis Indonesia percaya insiden rusuhan di Jakarta sejak dua hari lepas, turut didalangi kumpulan pengganas ISIS, lapor Awani. Daripada 257 orang perusuh yang telah ditahan, beberapa orang disyaki menganggotai kumpulan militan ISIS.

Perusuh1

Perusuh3
sumber: harian metro

Menurut M Iqbal lagi, pihak polis kini sedang memburu dalang yang mengarahkan rusuhan itu.

Kami telah kenalpasti pemimpin kumpulan itu dan sedang memburunya, kumpulan ini juga didapati merancang menyerang premis polis.”

 

Dilakukan oleh beberapa kumpulan

Menurut M Iqbal, kumpulan yang membantah keputusan Pilpres itu terdiri daripada dua kumpulan. Kumpulan pertama, adalah kumpulan demonstrasi massa yang mengadakan tunjuk perasaan secara aman, dengan mendakwa berlaku penipuan dalam proses Pilpres 2019.

Kumpulan kedua, adalah kumpulan dari luar Jakarta (Jawa Barat, Jawa Timur dan Banten), yang bertujuan merusuh dan mencetuskan suasana tidak aman di Jakarta, dan kumpulan ketiga, adalah mereka yang didalangi ISIS.

 

Tak pasti jumlah kematian dan kecederaan

Menurut Gabenor Jakarta,  Anies Baswedan, enam orang terbunuh, manakala 200 dilaporkan cedera dalam insiden itu setakat jam 9 pagi 22 Mei lepas. Bagaimanapun, M Iqbal tidak mengesahkan perkara itu dan berkata pihak polis masih dalam usaha menyiasat dakwaan berkenaan, lapor Kosmo.

Mangsa1
sumber: blog
Mangsa2
sumber: facebook

Pasal politik pun boleh jadi macam ni…

Baca: 5 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Pasal Kejadian Tembakan Rambang di Christchurch New Zealand & Motif Utama Serangan!

Feat 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.