in

Rakyat Malaysia PERLU Mendaftar Sebagai Pengundi Sebelum 31 Mac 2017!

D

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua tahu pilihan raya umum di Malaysia diadakan lima tahun sekali dan Pilihan Raya Umum Ke-13 telah berlangsung empat tahun lalu, lebih tepat lagi pada 5 Mei 2013.


Mengikut kiraan, Pilihan Raya Umum Ke-14 dijadualkan berlangsung pada 24 Ogos 2018, namun ianya boleh berlaku bila-bila masa lebih awal daripada tarikh tersebut. Terkejut ke?

Undi2
sumber: sinarharian. Com. My

Baru-baru ini keluar spekulasi dalam kalangan parti-parti politik mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang mengatakan ia mungkin berlaku pada bulan September 2017. Lagi 6 bulan je!

Pelbagai ramalan mengatakan bahawa pilihan raya mungkin berlaku awal untuk menunjukkan nasionalisme dan secara kebetulan, Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah Sukan Sea Ke-29 yang akan tamat pada Hari Kemerdekaan Ke-60 Malaysia.

Jika pilihan raya umum akan berlangsung pada September, tarikh akhir untuk mendaftar sebagai pengundi adalah pada 31 Mac 2017!

Daftar
sumber: blogs. Ft. Com

Pasti anda tertanya-tanya kenapa 31 Mac kan? Waktu memproses yang diperlukan untuk seseorang itu didaftarkan dan diwartakan sebagai pengundi adalah 6 bulan.

Anda pasti terkejut selepas mendapat tahu bahawa sehingga tarikh ini, seramai 4.1juta rakyat Malaysia masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Undi1
sumber: invoke malaysia

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh INVOKE Centre for Policy Initiatives, 78% Melayu di bawah umur 30 tahun telah mendaftar. Namun agak mengecewakan apabila hanya 13% Cina dan 4% India yang mendaftar sebagai pengundi.

Jika anda tidak tergolong dalam peratusan itu, masih belum terlambat untuk anda mendaftar! Jangan lupa okay!

Ahli-ahli politik serta netizen yang prihatin tertekan dengan segelintir rakyat Malaysia yang mungkin tidak memahami kepentingan untuk mendaftar sebagai pengundi dan masih dengan sikap ‘takpa lah’ jika membicarakan soal pilihan raya.

Jika tidak berdaftar sebagai pengundi, tidak guna bercakap di media sosial (berkaitan situasi politik negara), kalau apa yang dicakapkan itu tidak diterjemah dalam bentuk undi.”

– Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Jadi, apa tunggu lagi. Ini cara untuk mendaftar sebagai pengundi:

Pergi ke pejabat pos atau pejabat SPR dan isi borang yang disediakan. Jangan lupa, bawa kad pengenalan bersama anda. Semudah itu sahaja!

Undi
sumber: mydebat. Com

Jangan pandang rendah dengan kuasa undian anda. Apa gunanya mengadu di media sosial jika anda tidak menjalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi?

Tidak kira spekulasi ini tepat atau tidak, kita harus pastikan kita sudah mendaftar dan mengundi apabila tiba masanya. Jika pilihan raya tidak berlangsung pada September, sekurang-kurangnya kita sudah bersedia untuk mengundi apabila tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 diumumkan. Jangan bila dah sampai hari mengundi baru nak menyesal tak daftar.

Cuba ingat tentang isu kempen presiden yang terjadi di Amerika Syarikat. Anda pasti tidak mahu perkara yang sama berlaku di Malaysia kan?

Trump

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.