in

Raja Bomoh Bakal Bertanding PRU14, Baca Respon Win Netizen Ni

Undi Saya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam tak percaya… tapi percayalah ini yang akan berlaku pada PRU14 kali ni! 


Semalam, Raja Bomoh yang terkenal dengan ritual buah kelapanya umum bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) ni di dua kerusi iaitu Parlimen dan DUN di negeri Perak. Menurut Berita Harian, Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin kemungkinan besar akan bertanding kat Parlimen Teluk Intan dan DUN Manjoi atas tiket calon bebas.

Raja Bomoh
sumber: mstar

Menerusi risalah yang diedar pembantu Raja Bomoh, dia akan adakan satu press conference berkaitan hal ni di sebuah hotel dekat bandar raya Perak dalam jam 2 petang hari ni. So get ready guyss!

Macam mana pun, sejurus berita ni viral di media sosial, ramai di antara netizen mula beri respon lucu berkaitan penglibatan Raja Bomoh dalam PRU14 ni. Tengok komen yang admin dah kumpul di bawah. Bab membawang, bagi je lah kat orang kita ni! 

Dia jampi semua orang nampak muka dia je

Jampi

Jampi 2

Jampi 3
sumber: facebook

Kalau tak menang, dia tampar orang macam tampar buaya! 

Kalau Tak Menang
sumber: facebook

Pakai lambang teropong atau kelapa?

Lambang
sumber: facebook

Seru hantu keluar mengundi

Seru Hantu.
sumber: facebook

Walaupun ramai yang mengejek penglibatan Raja Bomoh dalam PRU14 ni, Ibrahim masih ada penyokong yang percaya akan kebolehan dia tau. Cayalah tok moh! 

Sokongan
sumber: facebook

PRU14 memang MERIAH! 

Meriah1

Meriah 2
sumber: facebook

Haaa macam mana? Sakit perut tau admin gelak baca komen-komen netizen ni. Apa-apa pun orang Manjoi dan Teluk Intan setuju tak kalau Raja Bomoh bertanding kat kawasan korang? Ada yang nak undi Raja Bomoh? Admin teruja jugak nak tengok macam mana Raja Bomoh ni berkempen.

Ac2D
cube teropong tengok siapa menang pru kali ni..

Kongsikan pendapat korang tentang Raja Bomoh dan PRU14 ni di ruang komen. Jangan biarkan hidup anda diselubungi… misteri! 

Baca: Korang Boleh Dapat RM300 Kalau Tampal Sticker BN Kat Kereta, Tapi Ni Respon BN

Bn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.