in

Korang Boleh Dapat RM300 Kalau Tampal Sticker BN Kat Kereta, Tapi Ni Respon BN

Bn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

PRU14 akan tiba tak lama lagi! So, semua parti yang bertanding dah start jalankan strategi masing-masing nak pikat hati rakyat dari kata nak bagi cuti kalau menang dan macam-macam lagi.


Nampaknya BN Wilayah Persekutuan pun tak ketinggalan dalam mencuba cara yang kreatif untuk membantu kempen mereka. Menurut Malaysia Kini, kalau ada pihak yang sedia nak memandu dengan logo BN besar tampal kat kereta boleh buat sedemikian sehingga 4 Mei ni.

Logo Bn Kereta Trendsmap
sumber: blog

Katanya, kalau korang berminat, RM300 akan diberikan ihsan daripada BN Wilayah Persekutuan secara berperingkat:

Peringkat 1: RM150 akan diberikan selepas sticker ditampal dan gambar diambil.
Peringkat 2: RM150 akan diberikan selepas gambar kereta diambil pada 4 Mei.

Syarikat pengurusan yang responsible untuk projek tu dah bukak kaunter di sebuah stesen minyak di Bangsar, KL sejak Sabtu lepas dan terima kunjungan peserta sehingga 50 hingga 60 orang dalam sehari.

T2
sumber: malaysia kini

Individu yang dikenali sebagai Varrence nafi syarikatnya ada apa-apa kaitan dengan mana-mana parti politik tetapi hanya jalankan tugas yang diupah.

“Kita buat promosi di Facebook dan pihak yang mahu buat duit tambahan, boleh ambil bahagian.”

Katanya lagi Bangsar ni baru permulaan lah nanti dorang akan bergerak pulak ke seluruh area Klang Valley pulak. Kalau korang nak tau, ada tiga jenis sticker dengan tema manifesto BN “Hebatkan Negaraku”.

Tapi yang peliknya, dalam update terbaru, menurut Malaysia Kini, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii kata pemimpin BN di KL tak tahu apa-apa pasal kempen sticker BN ni. Dah pulak!

Gi
sumber: malaysia kini

Sementara tu, setiausaha akhbar pengerusi UMNO Wilayah Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Hishamudin Yahya tegaskan yang BN Wilayah Persekutuan pun nafikan.

“Berita ini tidak benar. BN tidak pernah keluarkan arahan untuk kerja-kerja seperti ini. Ini hanyalah niat jahat parti pembangkang yang hendak kelirukan rakyat menjelang PRU14.”

So, katanya tak ada pihak yang tampil mengaku sebagai penaja sebenar kempen pelekat tu. Acano tuuuu?

Baca: TERKINI: PRU14 Akan Diadakan Pada 9 Mei

T

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.