in

“Qherolming?” – Netizen Berdekah Khairul Aming Dapat Nama ‘Baru’ Dalam ‘Paper’ Perakaunan

Untitled Design 2022 05 10T161338.490

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hey whats up guys?


Nama Khairul Aming bukanlah nama yang asing dalam media sosial, dia merupakan seorang influencer masakan yang menyajikan kita dengan 30 resepi pada bulan Ramadan. Malah, dia juga mempunyai jenama sambalnya sendiri iaitu Sambal Nyet yang sangat cepat sold out di Shopee!

Hari ini, nama Khairul Aming sekali lagi menjadi sebutan di laman media sosial Twitter apabila namanya dijadikan contoh dalam sebuah kertas soalan subjek universiti.

“Qherolming? Nyet2 Sambal Berapi Ent?”

Khairul Aming sendiri retweet tweet yang dikongsikan oleh @AlyaAllyiot di mana dia berkongsi kertas soalan subjek perakaunan universiti yang menggunakan nama Khairul Aming sebagai contoh tetapi dengan ejaan yang berbeza.

Selain itu, gambarnya versi kartun juga diletakkan dalam soalan tersebut dan nama sambalnya juga diubah! Kelakar betul bunyinya!

Perkara itu juga mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, rata-rata terhibur dengan perkara itu dan ada juga yang lebih kreatif dengan menyatakan itu nama Khairul Aming dari multiverse lain.

Cats 5

Mungkin lepas ni kalau nak tahu orang tu terkenal ke tak, tengok nama dia ada tak dalam kertas exam.

Baca: “Bayangkan kalau dorang collab” – Pertemuan Khairul Aming & Sofyank Di Kelantan Jadi Bualan Netizen

Untitled Design 2022 05 10T160850.397

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.