in

“Pulau sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan” – LPF

Filem Pulau Lpf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dua tiga hari ini, hangat diperkatakan mengenai isu filem bergenre thriller, Pulau yang didakwa mengandungi adegan yang tidak bermoral dan kurang sesuai untuk tontonan ramai.


Sehubungan dengan itu, Lembaga Penapis Filem (LPF) menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut di Facebook.

Kandungan yang ditayang di luar bidang kuasa LPF 

Menurut LPF, badan tersebut bersama KDN telah melaksanakan tugas berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum Malaysia, kecuali melalui internet. 

Fmzgggjakaehvm2

Fmzgggoacaafd6X

Mengambil maklum akan isu berbangkit dengan filem ‘Pulau’, LPF menjelaskan bahawa treler filem berkenaan yang telah ditayangkan melalui platfom internet, kandungannya berada di luar bidang kuasa badan berkenaan.

Filem ‘Pulau’ adalah merupakan sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan.

“LPF mendapati bahawa terdapat perbezaan antara kandungan treler yang dikongsikan di dalam media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan,” jelas kenyataan tersebut.

Download

Tambahnya lagi, LPF sentiasa peka dengan tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan penapisan filem sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan.

“LPF menghargai pandangan dan maklum balas berkenaan dengan penapisan filem di negara ini. 

“LPF juga sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak terutamanya pandangan yang bersifat konstruktif berdasarkan kepada keseluruhan kandungan sesuatu filem,” katanya lagi.

Baca: Isu Adegan Panas Dalam Filem Pulau, FINAS Nafi Beri Kelulusan Tayangan

Finas Pulau Adegan Panas

Sumber: KDN
Sumber: KDN
Sumber: Malaymail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.