in

“Pukul 2,3 pagi je gerak sendiri” – Lelaki Ini Kongsi Video Buaian Yang Goyang Secara Sendiri Rupanya Ada ‘Benda’ Yang Main

Feature Iamge Buai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni dah banyak kali viral gambar atau video yang menunjukkan entiti atau makhuk halus yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. Kebiasaanya kelibat mereka dirakam dengan secara tidak sengaja.


Baru-baru ni, seorang lelaki telah berkongsi sebuah video dilaman Twitter mengenai buaian yang bergerak secara sendiri tanpa ada individu yang bermain dengannya.

Menurut @Nazyzz, individu yang memuat naik video tersebut, kejadian itu sudah berlaku banyak kali dan video yang dirakam itu adalah sekitar jam 3 pagi.

Rumah aku ada jugak orang pernah nampak dekat tingkat berapa aku tak ingat tapi nampak budak kecik main lari lari and mak dia jalan cari anak dia”

Tambah lelaki ini lagi, adalah tidak masuk akal bila buai itu mampu bergerak secara sendiri walaupun kena tiup dengan angin.

Selain itu, pernah juga ada orang terserempak dengan kelibat kanak-kanak yang sedang bermain lari-lari dan kelihatan ibunya sendiri mencari budak tersebut.

Lelaki ini juga ada menceritakan pengalaman seramnya sepanjang berada dalam rumah tersebut.

Dia pernah kena ganggu semasa tidur dimana secara tiba-tiba mendengar ada bunyi orang main water heater juga sekitar jam 2-3 pagi.

“Aku dengar bunyi orang main water heater rumah aku macam korang selalu nak ambik air kan tekan habis dia punya button tu tapi ni tak dia main main dia tekan sikit je.”

Selain itu, dia juga pernah dengar ada yang bermain guli dan ketuk dinding di bahagian tingkat atas rumahnya.

“Bukan aku je semua yang pernah tido rumah aku pernah dengar bunyi guli and tarik kerusi tu.” Katanya.

Dalam komen tweet tersebut, ada netizen bertanya kepada kawannya yang mempunyai kebolehan untuk melihat makhluk halus sejak lahir lagi.

Dia berkata, buaian yang bergerak secara laju itu sedang di main oleh kanak-kanak perempuan dan buaian disebelahnya sedang diduduki oleh wanita berambut panjang.

Elaqx Zueaaxz2
Sumber: twitter

Haish beraninya dia ni pergi record video buai tu gerak sendiri. Ni kalau admin buat tak tahu and terus masuk tidur jela. Nasib baik la benda tu tak muncul ye.

 

Baca: “Baju lengan pendek, rambut atas bahu” – Lelaki Ini Kongsi Gambar Selfie Depan Bilik Mayat Tapi Ada ‘Benda’ Lain Tumpang Sama

Feature Iamge Hantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.