in

Pua Khein Seng : Anak Kelahiran Malaysia Yang Cipta Pendrive Pertama Di Dunia

Pua4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun zaman sekarang kita boleh menyimpan banyak dokumen-dokumen penting menerusi atas talian, Universal Serial Bus (USB) ini masih lagi satu alat yang menjadi keperluan di pejabat, di kolej mahupun di sekolah.



Disinlah ‘tempat’ kita menyimpan sesuatu atau membuat sebarang pemindahan data. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin juga masih belum bahawa pencipta USB ini adalah anak kelahiran Sekinchan, Selangor?

 

Pua Khein Seng

Pua

Pua Khein Seng atau lebih gemar dipanggiil K.S Pua ini lahir pada tahun 1974, beliau ini datang daripada keluarga yang sederhana dan bersekolah di Pin Hwa High School, Klang.

Pada umur 19 tahun, beliau jadi penuntut ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik dan kawalan di Chiao Tung University, Taiwan.

K.S Pua membangunkan syarikatnya sendiri Phison Electronics pada bulan November 2000, pada usia 27 tahun, Pua meraih kejayaan dalam industri IT (teknologi maklumat) dengan mencipta pendrive.

Penemuannya benar-benar inovatif kerana peranti penyimpanan data sebelumnya seperti disket menjadi tidak praktikal kerana kapasiti penyimpanannya yang begitu terhad.

Walaupun peranti storan USB telah diteliti dan dihasilkan di Israel dan Amerika Syarikat, Pua tampil dengan peranti storan flash USB cip tunggal pertama – satu rekaan lebih maju berbanding reka bentuk multi-cip yang lebih rumit sebelum ini.

Jadi dengan produk baru, “pen drive”, bukan hanya jauh lebih kecil dan mampu menyimpan sejumlah besar data, tetapi modalnya lebih murah untuk dihasilkan, sehingga menjadikan peranti penyimpanan sebelumnya menjadi usang.

Hari ini, syarikatnya adalah salah satu pengeluar utama rangkaian memori di dunia yang sekaligus menjadikannya berada dalam Senarai Tech 100 syarikat teknologi tinggi Bloomberg Businessweek.

Kisah Pua ini boleh dijadikan satu panduan penting tentang bagaimana seseorang boleh berjaya. Kejayaan Pua sebagai usahawan dan pencipta bukan sahaja bukti kemampuan Malaysia untuk menghasilkan individu yang mengubah dunia, tetapi juga contoh yang dapat kita kenal dan pelajari oleh sesama rakyat Malaysia.

 

Result bagus tapi tak dapat masuk Uni tempatan

Download

Kejayaan tak datang bergolek, begitu juga dengan Pua, perjalanan hidupnya tidaklah berjalan lancar seperti orang lain. Dia gagal mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti tempatan, disebabkan itu ia memaksanya untuk mencari pilihan di luar negara dan akhirnya berjaya ke Universiti Chiao Tung.

Seperti yang dikatakan tadi, Pua bukanlah datang daripada keluarga yang senang, sepanjang tempoh 3 tahun beliau menuntut di Universiti Chiao Tung, kewangannya tidak stabil.

Dia terpaksa membuat kerja sambilan di Taiwan untuk membayar kos-kos Universitinya. Bayaran yang diterima hanyalah NT $ 80 (RM8) sejam. Akibat bebanan wang, Pua juga hampir tidak mengambung ke pringkat sarjana.

Di Universiti Chiao Tung, bakatnya diperhatikan oleh gurunya. Setelah mendapat  Sarjana, dia terus bekerja sebagai penyelidik yang mengembangkan pengawal memori (dengan gaji bulanan NT $ 5,000) di bawah salah seorang profesor.

Namun, memandangkan  politik pejabat dan kepincangan dalaman di syarikat itu telah memaksanya meninggalkan syarikat itu.

 

Nak buka syarikat, tapi tak cukup dana, terpaksa pinjam sedara

Pua3

Tidak gentar dengan kemunduran tersebut, kemahiran dan kesungguhannya tidak disedari dan dia kemudian ditawarkan peranan utama dalam sebuah syarikat lain.

Permulaan baru yang agak suram apabila para pelabur yang telah menjanjikan NT $ 30 juta sebelum ini, hanya menawarkan NT $ 1 juta.

Pada masa itu, para pemegang saham ragu-ragu dengan syarikat start-up. Mereka enggan memberikan sokongan kewangan yang sangat diperlukan oleh Pua dan rakannya.

Namun, Pua dan rakan-rakannya berjuang untuk mengumpulkan dana NT $ 6 juta dari saudara, rakan dan simpanan peribadi mereka.

Hasil usaha mereka nama Phison Electronics yang merupakan gabungan 5 orang pengasas termasuk Pua yang mula ditubuhkan pada November 2000 mula dikenali selepas menghasilkan pembaca kad (card reader) 5 dalam 1.

Ciptaan Pendrive terkenal mereka memulakan debutnya pada tahun 2002. Pada masa itu, Phison telah mengagumkan nama-nama besar dalam industri seperti Toshiba dan M-Systems, yang melabur dalam projek Phison.

 

Ambil masa 8 tahun nak hasilkan pendrive

Pua2

Pua memperoleh kemahirannya bukan dari profesornya, tetapi juga melalui karya penyelidikannya di Chiao Tung dan penerapan secara praktikal kerjanya di syarikat lama.

Bekerja sebagai jurutera di bawah profesornya, Pua dihantar ke Jepun dan Korea Selatan, di mana dia mendapat pendedahan yang sangat diperlukan dalam kancah teknologi antarabangsa.

Dari kemasukannya ke universiti pada usia 19 tahun, dia mengambil masa sekitar 8 tahun sebelum dia mendapat kejayaan besar dengan penemuan pendrivenya pada usia 27 tahun. Menurut sumber Leaderonomics.

Kesempurnaan dan usaha yang kuat adalah pengangan Pua. Beliau berusaha setiap hari dan terus bersabar dalam mencapai hasil.

 

Baca : China Cipta ‘Matahari Tiruan’Mampu Bertahan Pada Suhu 10 Kali Ganda Lebih Panas Dari Matahari

China

Sumber: Amanz
Sumber: Facebook
Sumber: The Star
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.