in

China Cipta ‘Matahari Tiruan’, Mampu Bertahan Pada Suhu 10 Kali Ganda Lebih Panas Dari Matahari

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa tahun sebelum ini, barangan yang mempunyai cop ‘Made in China’ kebiasaannya akan dipandang rendah dan tidak akan dijadikan pilihan untuk dibeli. Ini kerana ada yang berpendapat barangan keluaran China mudah untuk rosak dan dianggap tiada kualiti.


Namun, kini stigma itu tidak lagi muncul apabila barangan keluaran negara China mempunyai teknologi yang canggih dan mampu dibeli dengan harga yang lebih murah daripada jenama lain.

Pasti anda semua pernah lihat video pembuatan telur dan beras tiruan yang dibuat dari China, tapi siapa sangka kini mereka berjaya cipta ‘matahari tiruan’ pula!

Ezgif.com Gif Maker 1

Menurut laporan sumber, China telah mencipta HL-2M Tokamak, sebuah reaktor nuklear yang terbesar dan termaju di negara itu. Lebih mengagumkan, reaktor ini dikatakan mampu untuk beroperasi pada suhu 150 juta darjah celcius, suhu yang 10 kali ganda lebih panas dari matahari asal.

Terletak di daerah Sichuan, reaktor yang digelar sebagai matahari tiruan ini mampu untuk menghasilkan tenaga dan haba yang dengan sangat banyak.

Ezgif.com Gif Maker 2

Ezgif.com Gif Maker

Pembinaan pelakuran tenaga nuklear (nuclear fushion energy) bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah penjanaan tenaga di China, malah merupakan satu tanda aras buat keupayaan China untuk mencipta tenaga yang boleh diperbaharui.

China mensasarkan untuk mencipta reaktor eksperimen pada awal tahun depan, mencipta prototaip industri pada tahun 2035 dan menkomersialkan teknologi ini pada tahun 2050.

 

Sumber: SCMP

 

BACAPenyelidik China Dakwa Covid-19 Berasal Dari India

Capture 13

Sumber: CCMP
Sumber: CCMP
Sumber: CCMP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.