in

“Pressure nak dapat result bagus” – Pelajar Bunuh Diri Lepas Kantoi Meniru Masa Exam

Seorang pelajar universiti terjun bangunan dan mati lepas dia ditangkap meniru semasa jawab peperiksaan pada Sabtu lepas, lapor Shanghaiist.

Pelajar Universiti Utara China berusia 20 tahun yang hanya dikenali sebagai Shi ini dikatakan tengok telefon bimbit yang dia letakkan di bawah meja beberapa kali semasa manjawab peperiksaan sebelum kantoi dengan pengawas peperiksaan.

Disebabkan ini, kertas ujiannya telah diambil dan dia menangis selama 20 minit di mejanya sebelum keluar dari bilik peperiksaan, naik ke tingkat atas bangunan universiti dan terjun selepas hantar mesej “sorry” kepada ibunya.

Ekoran dari kejadian ini, ahli keluarga pelajar lelaki ini telah menuduh universiti kerana pengawas peperiksaan gagal untuk tenangkan Shi sebelum dia mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya.

Kami mengaku yang sepupu kami salah kerana meniru, tapi ini tak bermakna yang pihak universiti tak bertanggungjawab kerana tragedi ini berlaku di kampus semasa waktu pembelajaran.”

Semalam, presiden universiti telah memberikan kenyataan tentang insiden tersebut dan memberitahu wartawan bahawa guru tersebut tak buat apa-apa kesalahan.

Insiden ini telah menjadi topik hangat di media sosial cina dan ramai berkata lelaki ini tertekan kerana tak nak kecewakan ibu bapanya.

Salah seorang netizen membuat andaian, mungkin ibu bapa lelaki ini terlalu tegas dan dia merasakan beban yang berat sampai dia dah tak boleh nak tanggung lagi.

Pressure sangat, sebab tu dia meniru lepastu kena tangkap dan bunuh diri. Ni semua sebab keluarga. Keluarga dia patut dipersalahkan.”

Biasalah bila jadi macam ni, semua pihak memang tak nak bertanggungjawab dan hanya tahu nak tunding jari. Sepatutnya semua pihak perlu tunjukkan sokongan dari awal…

 

Baca: 4 Beranak Terperuk Kat Rumah Hidu Gas LPG Sebab Cuba Nak Bunuh Diri Lepas Malu ‘Kantoi’ Buat Scam