in

4 Beranak Terperuk Kat Rumah Hidu Gas LPG Sebab Cuba Nak Bunuh Diri Lepas Malu ‘Kantoi’ Buat Scam

Gas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cubaa sekeluarga nak bunuh diri dirumah mereka sendiri ini gagal apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sempat menyelamatkan mereka.

Menerusi Harian Metro, keluarga itu tak dapat menahan malu kerana menipu jadi mereka cuba bunuh diri dengan melepaskan gas LPG di rumah mereka, di flat Sri Indah, Kuala Manggatal, di Kota Kinabalu.


 

Cuba nak menutup malu

51591440311 Cubaanbunuhdiri

Kejadian berlaku sekitar pukul 3 pagi, mereka dikatakan terlibat dalam aktiviti penipuan scammer. Ia mula disedari apabila jiran terhidu bau gas dari rumah mereka sebelum dihubungi polis.

Kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, sebaik menerima maklumat, sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Pasukan polis yang hadir ke lokasi kejadian bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya memecah masuk ke rumah berkenaan sebelum menyelamatkan semua mangsa.

“Semua mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terhidu gas LPG yang dilepaskan di dalam rumah di tingkat empat bangunan berkenaan.”

Mangsa merupakan suami isteri berumur 63 dan 60 bersama dua anaknya yang berusia 29 dan 26 tahun. Bagaimanapun mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk mendapatkan rawatan lanjut dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Siasatan awal mendapati bahawa anak lelaki pasangan itu yang berusia 29 tahun terbabit dalam beberapa aktiviti scammer. 

Malah suspek juga terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Namun begitu, siasatan lanjut masih lagi dijalankan sejauh mana pembabitan suspek dalam kegiatan itu.

 

Baca : “Polis kat US dah gila ke?” – Polis Sembur Gas Pemedih Mata Dekat Budak 3 Tahun DUA KALI

Sembur

 

 

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.