Hampir sebulan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan, 6, berlaku dan ia masih menjadi misteri sehingga sekarang.
Dalam perkembangan terkini, pihak polis menyatakan akan memberi jaminan siasatan terhadap kes terbabit meskipun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.
“Kes ini tidak diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) meskipun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.
“Siasatan masih diteruskan bagi mencari petunjuk dalam menyelesaikan kes ini,” kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Artikel berkaitan: “Rindunya mommy dekat abang” – Kongsi Gambar Ziarah Kubur, Ibu Zayn Rayyan Luah Rasa Rindu
Artikel berkaitan: “Sesiapa sahaja boleh jadi suspek” – Pakar Sifatkan Kes Zayn Rayyan Jenayah Terancang
Sebelum ini, pihak polis meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menyemak beberapa maklumat yang diperoleh dengan pangkalan data di sana.
Katanya, siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan merupakan cabaran besar buat pihaknya kerana disifatkan sebagai bukan straight forward, selain masih belum ada petunjuk baharu yang ditemui.
Difahamkan, walaupun sebanyak 225 keterangan daripada pelbagai pihak dirakam beserta 246 sampel DNA telah dianalisis, namun tiada keputusan positif boleh membantu siasatan setakat ini.
Terdahulu, mayat kanak-kanak lelaki enam tahun itu ditemukan di sebatang anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari kediamannya, pada 5 Disember di Damansara Damai, Selangor.
Biarpun pada mula awalnya diklasifikasikan sebagai kes budak hilang dan mati mengejut, namun hasil bedah siasat yang dilakukan telah mendedahkan mangsa sebenarnya dibunuh berdasarkan kesan luka mempertahankan diri pada tubuhnya.
Sumber: Berita Harian