in

Polis Siasat Video Tular Anggota ‘Salam Berisi’ Dengan Orang Awam Dalam Keadaan Mencurigakan

ft polis salam berisi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular di media sosial sebuah video rakaman yang memaparkan seorang anggota polis yang didakwa telah menerima duit daripada orang awam dalam keadaan yang mencurigakan.

Dari video tersebut, dapat dilihat dua orang anggota polis sedang berbual bersama dua orang pemuda sebelum salah seorang daripada mereka cuba untuk bersalam dengan anggota berkenaan. Difahamkan, kejadian itu berlaku di Sandakan, Sabah


Screenshot 1 1

Namun anggota itu tidak bersalaman dengan pemuda itu sebaliknya, anggota itu seolah-olah memberi isyarat menunjukkan seorang lagi anggota lain yang berada di situ.

Apa yang menjadi bualan warganet adalah, ketika bersalaman  dengan anggota yang lagi satu itu, dipercayai pemuda tersebut seperti menyelitkan sesuatu di tangannya.

Susulan penularan video itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek telah mengesahkan pihaknya sudah pun menerima maklumat berkenaan kes tersebut.

Tambah Fuad, siasatan akan dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat salah laku oleh anggota yang terlibat.

abdulfuad

“Sekiranya ada bukti, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada anggota terlibat dan pihak pemberi,” jelas Abdul Fuad.

Selain itu, beliau turut meminta agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menghubungi Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan, ASP Mohamad Noor Zaid Zainuddin di talian 013-3811239.

Sekadar info tambahan, jika disabitkan kesalahan, di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), mana-mana individu yang menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam boleh didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sumber : Portal SPRM, Kosmo!, Twitter

Baca : [VIDEO] Lipat Duit Masuk Poket, Anggota Polis Trafik Didakwa Terima ‘Duit Kopi’?

ft polis trafik terima duit suapan 728x383 1

Sumber: Twitter
Sumber: Sabah Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.