in

Polis Siasat Video Jalur Gemilang & Bendera Israel Dikibarkan Di Laut Galilee

Bendera Malaysia Israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah video telah tular semalam yang memaparkan sebuah kapal persiaran mengibarkan bendera Malaysia seiring dengan bendera Israel dan penumpangnya menyanyikan lagu Negaraku.


Menurut laporan Harian Metro, pihak polis telahpun menerima laporan susulan tularnya video tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan pihaknya menerima laporan itu pada 11.20 malam kelmarin daripada seorang lelaki tempatan.

Difahamkan, lelaki berkenaan mendapat video berdurasi 47 saat tersebut menerusi sebuah group WhatsApp.

Posted by Bernama TV on Wednesday, November 30, 2022

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada September lalu ketika sekumpulan individu tempatan mengadakan lawatan ke sebuah negara bersama dengan agensi pelancongan.

Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988.” katanya.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis.

Twtn

Video tersebut dipercayai dirakam ketika lawatan sekumpulan individu berkenaan ke Laut Galilee yang terletak di dalam kawasan jajahan Israel. Malah, terdapat beberapa pautan turut dikesan membabitkan perkongsian video itu di media sosial lain.

Baca: Ada Pihak Dakwa Dirinya Sebagai Ejen Israel, Anwar Ibrahim Bakal Ambil Tindakan Undang-undang

Anwar Ejen Israel

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.