in

Polis Masih Mencari Guru Rogol 2 Pelajar Sekolah Di Sabah Lepas Terkantoi Bulan Lepas

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan lepas, dua pelajar perempuan di salah sebuah sekolah menengah di Sebauh, Tatau di Bintulu telah membuat laporan polis mendakwa telah dirogol oleh seorang guru berasal dari Tumpat, Kelantan beberapa bulan lalu.


Bagaimanapun, guru berusia 33 tahun ini telah pun menghilangkan diri sejak 19 Julai lalu sehingga menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak membekukan gajinya, lapor Harian Metro.

Manakala Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah memberitahu dua mangsa berusia 14 tahun itu telah pun membuat laporan polis pada 27 dan 29 Julai lalu.

Malah, kes ini juga telah dirujuk kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Polis masih memburu suspek yang menghilangkan diri sejak kes itu terbongkar bulan lalu dan saya berharap pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia dapat mengesan suspek.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.”

Kch 310722 Sa Timahs

Sementara itu, Fatimah berkata pihaknya kini telah pun menjalankan tindakan susulan dengan memberikan sistem sokongan terhadap dua pelajar terbabit termasuk bantuan perubatan dan khidmat psikologi bagi memastikan tumpuan dua mangsa ini tidak menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit turut mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian ini dan meminta bantuan orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung lokasi suspek diminta supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurikman Hadi di talian 019-3517155.

 

Baca: [VIRAL] Pelajar Tingkatan 5 Dedah Pasal ‘Lawak Lucah’ Guru, Lepas Tu Terima Ugutan Rogol Dari Rakan Kelas

Ft Lawaklucah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.