• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

[VIRAL] Pelajar Tingkatan 5 Dedah Pasal ‘Lawak Lucah’ Guru, Lepas Tu Terima Ugutan Rogol Dari Rakan Kelas

by Sue Idris April 26, 2021, 12:01 pm

ShareTweet
Ft Lawaklucah

Kecoh di media sosial sejak Sabtu lalu apabila seorang pelajar Tingkatan 5 mendedahkan tentang guru lelaki di sekolahnya membuat lawak lucah ketika dalam kelas. Guru dari sebuah sekolah di Kuala Selangor itu didakwa membuat kenyataan seolah-olah menggalakkan perbuatan rogol. Antara yang diperkatakan oleh guru subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan itu adalah,

So, nanti korang (pelajar lelaki) nak rogol janganlah rogol yang bawah 18, rogol yang atas 18.”

Kenyataan guru itu disambut dengan gelak tawa oleh pelajar-pelajar lelaki manakala pelajar perempuan pula semua terdiam. Kata pelajar itu lagi, ketika kelas tersebut mereka sedang membincangkan topik sexual harrassment namun lama kelamaan lawak yang dibuat menjadi lucah.

Rogol1

Semalam, pelajar itu memaklumkan melalui Twitter bahawa dia telah menerima ugutan rogol daripada pelajar lelaki di sekolah. Dia turut berkongsi audio dari pelajar lelaki itu yang telah disunting suara berdurasi 39 saat di mana pelajar tersebut berkata tindakannya memalukan dan memburukkan imej sekolah.

Katanya lagi, sebelum ini ramai saja yang terima lawak lucah sebegitu namun hanya berdiam diri dan tidak ‘buat kecoh’ hingga ke media sosial.

Benda kau boleh setel dengan sekolah kot? Apsal kau nak heboh satu dunia? Nak attention daripada satu Malaysia… Bodoh?”

Budak-budak sini yang sebelum ni pun kena macam tu tak heboh pun? Tak heboh kat Twitter pun?”

Kalau aku dapat aku sagat-sagat dia. Tak pun aku rogol hantar Thailand.”

Audio Ugut

Menurut Awani, bapa pelajar itu telah membuat laporan polis di Saujana Utama pada hari Sabtu berhubung tindakan guru berkenaan. Katanya, ugutan rogol diterima dari rakan sekelas itu membuatkan dia berbelah bahagi untuk izinkan anaknya ke sekolah.

Respons daripada kawan-kawan lelaki sekolahnya tidak berapa bagus malah ada yang ugut untuk rogol. Mereka berasakan anak saya sudah memalukan nama baik sekolah dan mengaibkan guru tersebut.”

Difahamkan, dia akan membuat laporan polis berasingan untuk ugutan diterima anaknya dan kini sedang menunggu maklum balas pihak sekolah dahulu.

Hari Isnin (hari ini) nanti selepas ke sekolah saya akan ke PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) pula untuk dapatkan maklum balas pihak mereka pula.”

Rogol2

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar dalam satu kenyataan mengesahkan menerima laporan polis itu kira-kira jam 10 malam pada Sabtu berhubung tindakan guru terbabit.

Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap laporan yang dibuat dan akan memanggil saksi-saksi yang terlibat untuk membantu siasatan polis.”

Ramai warga Twitter menyokong tindakan pelajar tersebut dan berkata lawak lucah memang sudah lama berlaku termasuklah daripada golongan pendidik. Mereka menggunakan hashtag #MakeSchoolASaferPlace sebagai tanda sokongan terhadap pelajar berkenaan.

Baca: “Kalau nak rogol jangan rogol bawah 18″ – Pelajar Dedah Cikgu Lelaki Buat Lawak Lucah Dalam Kelas, Netizen Geram

Collage 48

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Terkini

  • Madu Atau Racun Mig Mohon Maaf

    “Tiada niat timbulkan sebarang kontroversi” – Isu Babak Songsang, Produksi Drama Madu Atau Racun Mohon Maaf

  • Syaz Ft 2026 09 02T165932.218

    Jeritan Minta Tolong Tak Kedengaran, 4 Sahabat Ditelan Arus Pantai Tanjung Lompat

  • Fahmi Fadzil 200000 Pekerja Bangladesh

    200,000 Pekerja Bangladesh Bakal Masuk Malaysia? Ini Penjelasan Fahmi Fadzil

  • Syaz Ft 2026 09 02T154139.654

    “Tolong hentikan pembakaran hutan!” – Warga Filipina Berang, Dakwa Terpaksa ‘Tanggung’ Jerebu Indonesia

  • Lelaki

    Buat Kecoh Ketika Sambutan Hari Kebangsaan, Lelaki 30 Tahun Positif THC

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Collage 1

    BSN Raikan Hari Kebangsaan Ke-69 Menerusi Kempen ‘Cerita Mereka, Jiwa Malaysia’

  • Islamic Tourism Month

    Nak Cari Percutian Mesra Muslim? Islamic Tourism Month 2026 Tampil Dengan Lebih Banyak Tawaran

  • Collage 15

    KDN Sambut Saranan YAB Perdana Menteri Perkasa Keterbukaan Industri Perfileman, Tapisan Kekal Seimbang Demi Kepentingan Dan Keselamatan Negara

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Madu Atau Racun Mig Mohon Maaf

    “Tiada niat timbulkan sebarang kontroversi” – Isu Babak Songsang, Produksi Drama Madu Atau Racun Mohon Maaf

  • Elisya Sandha Drama Lgbt

    “A story is more than just a story” – Elisya Sandha Tampil Bersuara Isu Drama Didakwa Ada Unsur L*BT

  • Ft Dolla Syasya Rizal

    “Saya jumpa sahaja dengan mereka” – Syasya Rizal Sangkal Dakwaan Bergaduh Dengan Dolla

  • Ft Ayda Jebat

    “Kenangan manis buat saya” – Ayda Jebat Terima Anugerah Bintang Cemerlang Melaka

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube