in ,

“Polis kalau dah berkuasa ni lah jawap nye…” – Polis Belasah Lelaki Walaupun ‘Mangsa’ Dah Mintak Maaf

Edited Full

Sebuah video yang menunjukkan aksi ‘gangster’ seorang anggota polis dipercayai dari Unit Kereta Peronda (MPV) yang memukul seorang lelaki, viral di media sosial semalam.

Rakaman video selama 45 saat itu jelas menunjukkan anggota polis lengkap berpakaian seragam itu mengarahkan lelaki yang diperiksanya untuk bangun sebelum dia bertindak memukul kepalanya.

Polis Tendang, Tarik Rambut Serta Tolak Mangsa

 

Tidak cukup dengan itu, polis tersebut kemudiannya menendang lelaki tersebut sambil sambil menjerit……

“Kau samseng mana” 

Menurut hmetro , anggota polis itu terus memukul, menarik rambut serta menolak lelaki terbabit meskipun ‘mangsa’ meminta maaf kepada anggota polis terbabit..uishh polis kot, takkan la suka-suka hati buat macam ni?

https://www.youtube.com/watch?v=PiAnk3Pxrrc

Berdasarkan suara dari rakaman video terbabit, lelaki yang diperlakukan sedemikian dipercayai adalah warga tempatan.

Pada akhir rakaman, anggota polis terbabit dilaporkan telah mengarahkan individu yang merakam video berkenaan untuk memadamkan rakamannya.

Dua
Sumber : youtube

Polis Terima Laporan, Namun Enggan Mengulas Lanjut

 

Berdasarkan sumber, kejadian dipercayai berlaku di Putrajaya..ni mesti something wrong somewhere, yelah berani pulak buat kat Pusat Pentadbiran Purajaya.

Menurut hmetro, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian, namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, pada masa kini siasatan berhubung kejadian berkenaan sedang dilakukan.

Rata-rata netizen pun bengang dengan tindakan anggota polis tersebut yang dianggap keterlaluan.

Quotes 1

Bagi admin kalau pun lelaki tu salah, rasanya tak perlu lah sampai buat macam tu sekali, ni negara demokrasi, mungkin ada cara yang lebih baik dan praktikal.

Apa-apa pun, kita tunggu sampai laporan akhir siasatan keluar, diharap netizen dapat bersabar dan bertenang yer, tak perlu ‘membawang’ kot.

Baca : Mula-mula minta RM500 lepas tu naik RM1100 Digertak Kena Tangkap Basah, Polis Ronda  Makan Rasuah!

Tangkap Basah