in

“Polis datang mcm nak beraya” – [VIDEO] Netizen ‘Tepuk Dahi’ Tengok Babak Tak Logik, Polis Cuma Tercegat

Ft Dramamelayu

Gandingan Intan Najuwa dan Redza Rosli dalam drama adaptasi novel Tak Sempurna Mencintaimu hasil penulisan Rehan Makhtar mendapat perhatian ramai penonton. Drama yang ditayangkan dalam slot Akasia di TV3 itu turut menampilkan model dan pelakon, Rita Nadira sebagai watak antagonis.

Pejam celik, drama itu sudah ditayangkan sebanyak 16 episod dan telah menarik perhatian netizen yang menonton selepas satu babak dikatakan tidak logik. Babak itu menunjukkan Sirat (Intan Najuwa) diculik oleh Mellisa (Rita Nadira) dan cuba diselamatkan oleh Taqim (Redza Rosli) sebelum pihak polis tiba.

Drama1

 

Polis tercegat je

Namun adegan itu menjadi bualan hangat netizen di Twitter dan TikTok selepas polis yang datang untuk menangkap Mellisa itu hanya ‘tercegat’ di belakang Taqim yang dilihat cuba memujuknya. Menurut netizen, kalau ikutkan situasi sebegitu polis mungkin boleh bertindak lebih awal dengan merampas senjata digunakan Mellisa.

Scene paling tak masuk akal ni. Polis datang macam nak buang sarang lebah.”

Melalui TikTok pula, seorang pengguna telah memuat naik babak tersebut sambil mengulas dan berkata bagaimana adegan tersebut tidak logik. Katanya, boleh saja bertindak dengan memukul Mellisa sebelum dia keluarkan pisau namun polis pula hanya mula bertindak selepas Taqim yang rampas senjata tu.

@ahmad97ff

Aku pulak yg excited tngok babak2 tak logik tu ???? #fyp #fypmalaysia?? #fypindonesia #taklogic #dramamelayu

♬ bunyi asal – KuAhmad – KuAhmad

“Ada lagi adegan tak logik”

Melalui ruangan komen di TikTok dan Twitter, ramai netizen mengkritik drama tersebut dan berkata selain babak tersebut, banyak lagi adegan yang tidak logik dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu itu.

Contohnya, babak di mana Sirat dilanggar oleh Mellisa. Ketika itu darah dilihat hanya di bahagian kaki namun Sirat berada dalam keadaan koma kerana cedera parah. Selain itu, netizen turut berkata sound effect digunakan dalam drama terbitan Zeel Production itu juga tidak logik. Kata seorang individu di Twitter,

Sorry to said. Sound dia pun mengarut je bunyi. Pukul kaki bunyi dush3?!?!?!”

Drama3

Mungkin polis tu tengah main psikologi balik dgn Mellisa tu…

Baca: “Wan Maimunah yang izinkan” – Scene Tunjal Kepala Drama Tak Sempurna Mencintaimu Viral, Lydiawati Perjelas Hal Sebenar

Wan Mai