in

“Wan Maimunah yang izinkan” – Scene Tunjal Kepala Drama Tak Sempurna Mencintaimu Viral, Lydiawati Perjelas Hal Sebenar

Wan Mai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan pelakon senior seperti Wan Maimunah yang terkenal dengan skill lakonan air mata dan babak-babak sedih di kaca televisyen?


Baru-baru ini, nama pelakon tersebut bersama seorang lagi pelakon senior, Lydiawati menjadi sebutan netizen selepas viral satu scene lakonan mereka dalam drama terbaru di TV3 bertajuk Tak Sempurna Mencintaimu.

Dalam babak tersebut, Lydiawati dilihat menunjal dan menolak kepala Wan Maimunah berkali-kali bagi merealisasikan watak antagonisnya sebagai Rokiah dalam drama tersebut.

 

“Ni malas tengok cite macam ni, mulut aku tak henti mencarut nanti” 

Babak tersebut kemudian menjadi viral di media sosial sehingga ada yang mengatakan ia terlalu berlebihan dan ada pula yang memuji lakonan mantap kedua-dua pelakon senior ini. Berapi-api weh siapa yang tengok scene ni! 

Top Notch

 

“Ibu Wan Maimunah yang minta dan izinkan” 

Bimbang wataknya disalah anggap netizen, pelakon Lydiawati menjelaskan perkara sebenar mengenai babak yang tular di mana dia telah menunjal dan menolak kepala pelakon air mata tersebut.

Menurutnya, kesemua lakonan tersebut telah mendapat keizinan tuan badan sendiri dan Wan Maimunah juga yang meminta perkara tersebut dilakukan kepadanya.

Ibu Wan Maimunah yang minta dan izinkan saya buat betul-betul,” kata Lydiawati.

L 5

Tambahnya lagi, babak tersebut hanyalah lakonan semata-mata dan dia telah melakonkannya dengan betul-betul serta secara ‘one take’ sahaja. Fuh hebat! 

“Itu semua lakonan, bukan betul pun. Cuma sewaktu menjayakan babak itu termasuk babak bergaduh lain, ibu (Wan Maimunah) memang nak saya buat betul-betul.

“Dia cakap buatlah apa pun supaya dia juga dapat ‘mood’. Saya kata kalau buat mesti kena kecam. Nampaknya ia memang terjadi. Sebenarnya ada banyak lagi babak bergaduh selepas ini.

L 3

“Itu semua permintaan dan diizinkan oleh ibu. Sewaktu latihan kami tak buat, tapi masa dah ‘take’ baru buat. Semuanya secara ‘one take’ saja,” katanya lagi.

 

“Jangan marahkan saya” 

Lydiawati juga berkata, dia telah diminta penerbit dan penulis skrip untuk melakonkan watak tersebut secara over. Malah dia juga berharap netizen tidak marahkannya dan telah bersedia untuk menerima makian di media sosial.

“Saya diminta menjadi kejam terhadap Sirat (Intan Najuwa) dan ibunya iaitu Wan Maimunah. Pada mulanya saya nak biasa-biasa saja. Namun, penulis dan penerbit kata saya kena ‘over’ lagi. Jadi saya minta izin dan mereka okay sebab ia membantu mereka dapatkan ‘feel’ juga.

“Janganlah marahkan saya. Setiap kali selepas habis penggambaran, saya cakap kepada penerbit saya bersedia dengan makian netizen. Tapi sebelum buat babak bergaduh saya akan minta maaf. Contohnya dengan ibu, setiap kali selepas babak bergaduh saya akan memeluknya dan minta maaf,” jelasnya lagi.

Drama Tidak Sempurna Mencintaimu arahan Emi Sufian ini juga menampilkan pelakon hebat seperti Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakri, Azza Elite dan ramai lagi.

Tak Sempurna Mencintaimu E1617033623289

Fuh lepas ni mesti trending ni drama ni. 

Baca: “Cite tu, akak berkemban tau” – [VIDEO] Bergenang Air Mata, Noorkhiriah Merayu TikToker Padam Scene Drama Lama

Khiriah

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.