in

Polis Akan Guna Dron Untuk Pantau Pematuhan SOP Aidilfitri di Kawasan Perumahan

Raya Dron

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Esok seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam negara melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Sinar Harian, susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan dron untuk memantau pematuhan SOP di kawasan-kawasan perumahan dalam tempoh ini.


1062421

SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner M V Sri Kumar berkata, penggunaan dron ini bertujuan untuk memastikan tiada perlanggaran SOP dikesan.

Seperti diketahui rondaan polis akan dilakukan di setiap kawasan perumahan yang ada, jadi polis turut menggunakan pendekatan dikendalikan unit kawalan udara PDRM ini.

“Penggunaannya bagaimanapun adalah tertakluk kepada permintaan setiap ketua polis daerah di sesebuah negeri untuk mengaplikasikan penggunaan dron bagi membuat pemantauan di kawasan perumahan dikehendaki,” katanya.

Bagi kawasan perumahan seperti apartmen dan lain-lain, polis akan membuat semakan ke atas buku pelawat di premis terbabit.

Tindakan ini dilakukan supaya tiada yang didapati melanggar SOP berkunjung ke sesebuah rumah seperti yang diarahkan kerajaan.

Rencana Takaful Field Image Listing Featured.var 1498787653

Ia antara bukti yang boleh digunakan bagi menandakan sebarang bentuk kehadiran awam di sesebuah premis itu.

“Bagi tujuan itu juga orang ramai dalam masa sama dinasihatkan melaporkan sebarang pelanggaran SOP semasa perayaan Aidilfitri dilakukan di kawasan kejiranan mereka kepada pihak polis,” katanya.

 

SJR akan dilakukan di laluan tikus 

Berkenaan sekatan jalan raya (SJR) di kawasan sempadan daerah dan negeri, Sri Kumar berkata, ia tak terkecuali berikutan pemeriksaan akan turut diadakan terutama di laluan tikus.

Jika di kawasan bandar, SJR dilaksanakan di pelbagai tempat namun ia tidak terkecuali di kawasan seperti luar bandar.

“Bermula di peringkat kontinjen sehinggalah pondok polis, setiap pegawai dan anggota dikerahkan bertugas dan memastikan setiap laluan tikus terbabit dibuat pemeriksaan ketat,” katanya.

Sjr Sekatan Jalan Raya Pkpb Pkpd Ozgd84O8D5Aofacf18Md0Edc6Ei9Nr9Yc1Rtir8Bnk

Orang awam yang tidak mempunyai sebarang dokumen lengkap untuk merentas daerah akan disuruh berpatah balik dan bagi mereka yang melakukan perlanggaran SOP akan dikenakan kompaun.

Tindakan ini juga menurutnya bukan dilakukan untuk menekan orang awam tapi menguatkuasakan peraturan yang ditetapkan.

Semoga orang ramai patuhlah dengan SOP yang ditetapkan kalau tidak mahu berhadapan dengan kompaun. 

Baca: Orang Ramai Boleh Maklum Pada Polis Jika Jiran Langgar SOP Aidilfitri

Raya Lapor

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.