Sebagai langkah untuk memerangi masalah jenayah siber yang semakin menjadi-jadi di negara ini, setiap platform media sosial dan pesanan internet yang mempunyai lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia diwajibkan untuk memohon lesen untuk beroperasi.
Lesen tersebut adalah Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), lapor Berita Harian.
Difahamkan, langkah berkenaan akan dikuatkuasa bermula 1 Januari tahun hadapan iaitu 2025 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Langkah berkenaan adalah selepas kerangka kawal selia baru ke atas perkhidmatan pesanan internet yang akan diperkenal tidak lama lagi iaitu bermula 1 Ogos ini.
Artikel berkaitan: Kes Buli Siber Esha: Pembantu Rumah Mengaku Bersalah Didenda RM100
Artikel berkaitan: “Saya pun hairan RM100 macam tu” – Ibu Esha Kecewa, Denda Dikenakan Pembuli Siber Tak Setimpal
Difahamkan, mana-mana perkhidmatan atau platform media sosial yang ingin beroperasi di Malaysia haruslah mematuhi undang-undang negara ini.

Antara kes jenayah siber yang semakin meningkat di negara ini ialah buli siber, jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan penipuan dalam talian atau scammer.
Untuk pengetahuan semua juga, permohonan lesen ini hanya terpakai kepada platform media sosial sahaja dan ia tidak melibatkan pengguna.
So, kita sebagai pengguna media sosial tak perlu mohon lesen pun, yang kena mohon lesen tu pemilik platform media sosial tu. Jangan ada yang salah faham pula.
Sumber: Berita Harian