Korang pernah tengok movie thriller yang pasal kena kerat atau kena dera sebelum di bunuh? Kalau tu dalam movie, hah ni min nak kongsi kisah benar.
Seorang wanita mengatakan dia terpaksa memilih antara jari-jarinya dipotong atau dipukul dengan menggunkan tukul oleh individu yang dikenalinya.
Menurut portal Mirror, wanita yang dikenali sebagai Shelly, 34, mengatakan bahawa seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas, 24, mengancam untuk memotong jari-jarinya dengan memaksa dia untuk meletakkan tangan di atas meja sebelum memukul jari wanita itu dengan menggunakan tukul secara berulang kali.
Shelly turut mengatakan bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang perkara yang tidak baik terhadap lelaki yang sudah di anggap seperti adiknya sendiri.
“Saya tidak pernah melakukan sesuatu yang buruk dekat dia . Saya pun tak pernah terfikir yang dia mampu bertukar menjadi begitu ganas”
“Dia meletakkan tangan saya di atas meja dan dia berkata ‘kau ada dua pilihan, sama ada nak jari kau pecah atau nak aku potong?’.
“Dia bermula dengan tangan kanan saya terlebih dahulu. Sangat sukar untuk saya buat pilihan. Tapi saya memilih untuk dia memukul jari dengan menggunakan tukul.”
Dalam keadaan diri yang ketakutan, wanita ini terus menutup matanya sebelum lelaki itu terus-menerus memukul bahagian jarinya.
“Dia cuma hanya tersenyum selepas saya membuat keputusan itu”
“Saya fikir mereka akan membunuh saya.”
Sebelum itu, Thomas juga dikatakan telah menarik rambut dan juga memukul secara berulang kali di bahagian kepala wanita tersebut.
Wanita itu kemudiannya ditinggalkan dengan keadaan wajah lebam, berdarah dan bengkak serta jari retak akibat diseksa oleh lelaki tersebut.
Namun begitu, lelaki yang mendera wanita ini telah di tangkap dan sedang dibicarakan di mahkamah diatas jenayah yang dilakukan.
Sekarang ni memang susah betul nak percaya orang. Orang yang kita kenal pun boleh pedajal kita, apatah lagi stranger.
Baca: “Kau gila ke apa?” – Mak Dera Anak Sampai Mati Cakap, Dia Buat Semua Tu Sebab Nak ‘Disiplinkan Anak’