in

“PhD berbelon-belon, baru sibuk nak ambil master” – Netizen Pelik Kenapa Dato Boy Iman Sudah Ada PhD Tapi Baru Nak Apply Master

Boy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya dah lama juga admin dan netizen semua tak dengar cerita tentang Dato Boy Iman atau nama sebenarnya, Noruliman A. Rahman. Semenjak kes penipuan hartanah tak lama dulu, Boy Iman macam dah mendiamkan diri.


Tapi baru-baru ni, Boy Iman telah memuat naik gambar di media sosialnya yang menarik perhatian ramai. Nak tahu apa, tengok kat bawah! 

 

“Doakan saya habis belajar ya walaupun saya agak sibuk dengan komitmen-komitmen yang sedia ada” 

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Boy Iman rupanya sudah mendaftar ke pengajian masters dalam bidang Pentadbiran Pendidikan di sebuah kolej tanah air. 

Menurut Boy, memiliki student card dari kolej tersebut membuatkan dirinya memiliki satu ‘semangat’ yang ‘luar biasa’ dan azam untuk dilunasi pada tahun ini. Boy juga memohon doa dari netizen di luar sana supaya dia diberi kesempatan untuk menamatkan pengajian meskipun terikat dengan pelbagai komitmen. Wah first time dapat student card eh?

https://www.instagram.com/p/BvytfEMH35H/

 

“PhD dan berbelon-belon, baru sibuk nak ambil master?”

Pun begitu, sama seperti netizen yang lain, admin yakin korang mesti pelik kan dengan tindakan Dato Boy Iman kali ini. Kalau dulu, kita sedia maklum yang Boy sudah pun memiliki title ‘Doktor’ di pangkal namanya. Siap ada gambar hadir majlis penganugerahan lagi.

sumber: cari

Tapi… kenapa tiba-tiba baru nak ambil masters pulak? Macam salah je turutan tu. 

Posting yang dimuat naik Boy ini telah mendapat pelbagai komen kutukan dan kritikan tajam daripada netizen. Siap ada yang pelik kenapa Boy Iman masih tak serik-serik nak malukan diri sendiri.

https://www.facebook.com/PWNetizens/photos/a.816545731837045/1252755321549415/?type=3&__tn__=-R

Master 1
sumber: instagram
Master 2
sumber: instagram

 

“Executive Master, not the real Master programme” 

Walau bagaimanapun, menurut penjelasan seorang netizen di page PW Community, program yang diambil Boy bukanlah program master dan ia merupakan satu pengajian dinamakan Executive Master.

Executive Master ni tak boleh digunakan pun untuk sambung PhD dan sesiapapun dengan kelayakan serendah SPM boleh ambil program ni. Tambah netizen lagi, program ini lebih kepada nak tambah pengetahuan dan life long learning saja. Ahhh mati-mati ingat Boy Iman baru nak ambil master.

sumber: facebook

Apa-apapun admin ucapkan tahniahlah kepada Dato Boy Iman kerana bakal menyambung pengajian lagi. Semoga ilmu yang dipelajari tu dapat dimanfaatkan sebaiknya dan pengajian dapat ditamatkan bukan separuh jalan ye! All the best! 

Baca: “Sepatutnya korang sokong, tutup aib dia” – Boy Iman Back Up DSV Isu Lavida Coin

Vidaboy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.