Pesakit Ke-11 Covid-19 Yang Maut Didakwa Naik ETS Laluan Butterworth-KL Sentral, Penumpang Lain Diminta Buat Saringan Segera!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kes kematian Covid-19 telah pun menjangkau angka 17 kes. Disebabkan ini, individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit dan mangsa perlu menjalani ujian saringan secepat yang mungkin sebelum terlambat.

Menurut Twitter, mangsa wabak Coronavirus yang meninggal baru-baru ini rupanya telah menaiki tren elektrik (ETS) No 9173 dari Butterworth ke Kuala Lumpur Sentral pada 7 Mac lepas sebelum dimasukkan ke hospital.

Oleh itu, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menyeru semua penumpang yang telah menaiki tren yang sama agar membuat ujian saringan Covid-19 di hospital berdekatan secepat yang mungkin jika mengalami simptom virus korona.

Mangsa yang menaiki tren terbabit merupakan mangsa wabak yang ke-11 dan telah meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, kelmarin.

Jadi, korang yang naik ETS yang sama, cepat-cepat pergi hospital ya. 

Baca: “Sebab tu orang suruh duduk rumah!” – Tak Kuarantin Diri, Lelaki Positif Covid-19 Naik Bas Dari JB Ke Kuantan

Sumber: Twitter
Sumber: mStar
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: