in

“Nak lawan Changi Airport” – Bumbung Bocor Hingga Air Melimpah Di KL Sentral Undang Perhatian Netizen

Ft Kl Sentral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, dapat kita dapat perhatikan di media sosial terjadinya banjir di ibu kota kerana hujan lebat, ia sekaligus membuatkan ramai terkesan termasuklah individu yang menggunakan pengangkutan awam.


Pun begitu, tular satu video memperlihatkan keadaan di KL Sentral yang menghubungkan ke stesen MRT Muzium Negara.

Artikel Berkaitan : Sering Busking Di KL Sentral, Pemergian Abang Meor Buat Ramai Sedih

Artikel Berkaitan : Wanita Dirakam Menipu Orang Ramai Dan Minta Wang di KL Sentral

Dalam video yang dirakam oleh orang awam, kelihatan bumbung fasiliti tersebut mengalami kebocoran yang mana limpahan air dapat dilihat keluar darinya hingga mengenai lantai.

Situasi itu dilihat berlaku berdekatan dengan escalator yang menghubungkan KL Sentral ke MRT Muzium Negara.

Keadaan tersebut telah membuatkan ramai netizen memberikan komen sinis kerana keadaan KL Sentral kini diibaratkan ‘setaraf’ dengan Lapangan Terbang Changi di Singapura.

Dalam pada itu, ramai juga yang risau jikalau perkara yang tidak diingini berlaku dengan melihatkan keadaan bumbung yang bocor itu boleh menyebabkan renjatan elektrik atau roboh secara tiba-tiba.

Screenshot 2023 10 11 120355 Screenshot 2023 10 11 120421 Screenshot 2023 10 11 120454 Screenshot 2023 10 11 120540 Screenshot 2023 10 11 120558

Ish kalau min lalu situ, rasa gerun, memang cepat-cepat jalan nak keluar daripada area situ.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.