in

“Sebab tu orang suruh duduk rumah!” – Tak Kuarantin Diri, Lelaki Positif Covid-19 Naik Bas Dari JB Ke Kuantan

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penumpang bas telah disahkan positif Covid-19 membuatkan pejabat kesihatan menggesa penumpang-penumpang lain yang ada bersama lelaki ini untuk laporkan diri di klinik berdekatan bagi menjalani pemeriksaan.


Menurut FMT, kejadian ini berlaku selepas bepuluh ribu rakyat Malaysia berpusu-pusu pulang ke kampung awal minggu ini walaupun kerajaan telah merayu supaya mereka duduk di rumah.

Covid 19 Kkm Scanner Fmt 120320 5

Difahamkan, penumpang ini telah menjalani pemeriksaan Covid-19 di Johor Bahru, tapi tanpa kuarantinkan dirinya, dia telah menaiki bas untuk ke Kuantan sebelum keputusan pemeriksaannya dikeluarkan.

Menurut Pejabat Kesihatan Kuantan, bas yang dinaiki lelaki tersebut merupakan bas ekspress Plusliner dengan plat nombor VDJ 2367 yang membuat perjalanan pada 16 Mac sehari sebelum Perintah Kawalan Bergerak dilaksanakan.

Bas ini telah meninggalkan stesen Sentral Larkin, Johor Bahru pada 7.35 malam dan menuju ke Terminal Sentral Kuantan.

Dikatakan, semua penumpang yang menaiki bas ini telah pun menjalani pemeriksaan Covid-19.

Terima kasih kepada semua yang membantu 'share' post kami pagi tadi,Semua penumpang telah pun menghubungi Bilik…

Posted by Promosi PKD Kuantan on Wednesday, March 18, 2020

Bayangkan kalau bas dari JB ke Kuantan, berapa kali dorang berhenti? Berapa ramai yang ada potensi nak kena?

 

Baca: “Aku marah kaw kaw depan bapak dia!” – Sanggup Tipu Doktor, Mengaku Ada Kawan Positif Covid-19 Sebab Nak MC

Screenshot 2020 03 19 At 1.31.30 Pm

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.