in

“Perut tak buncit, haid mcm biasa” – Gempar di Indonesia Wanita Baru Tahu Diri Hamil Tapi Beranak 1 Jam Kemudian!

Ft Taktahuhamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gempar di Indonesia apabila seorang wanita dari Cianjur, Jawa Barat melahirkan bayi perempuannya hanya selepas 1 jam mendapat tahu dia hamil.


Menurut laporan, lebih mengejutkan apabila tuan empunya diri, Siti Jainah, 25, berkata dia tidak tahu yang dirinya selama ini mengandung kerana sudah empat bulan bercerai.

Berasal dari Kampung Gabungan Desa Sukapura, Cidaun, wanita kepada seorang anak itu mendakwa tidak ada sebarang simptom ibu mengandung selama 9 bulan terutamanya perubahan bentuk badan dan haid juga seperti biasa setiap bulan.

Anak3

Disebabkan itu, kejadian dialami wanita tersebut menjadi bualan penduduk kampung yang menganggap ianya penuh mistik dan kisah berkenaan terus tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.

Menurut Siti Jainah, ini yang berlaku kepadanya:

  • Tiba-tiba sakit perut ketika bermain dengan anak sulungnya
  • Setengah jam kemudian, perutnya membuncit beberapa kali dan kempis semula selepas itu
  • Mendakwa seperti ada angin yang menghembus ke arahnya menyebabkan perutnya tiba-tiba memulas

Keluarga bimbang melihat keadaan saya, malah sebelum perut saya buncit, seperti ada (benda) yang masuk ke dalam rahim. Beberapa kali perut membuncit tetapi tidak lama, ia kempis. Kemudian sekitar 20 minit saya rasa memulas.”

  • Keluarga memanggil bidan dan mereka dibertahu sudah sampai waktu untuk melahirkan anak
  • Bayi perempuan seberat 2.9kg selamat dilahirkan

Anak2

Anak1

Difahamkan kini pihak polis sedang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat meskipun kejadian itu dianggap benar-benar aneh. Ketua Pusat Kesihatan Awam Cidaun, H Eman Sulaeman berkata bekas suaminya kini sedang dijejaki.

Siti Jainah dan bekas suaminya sudah bercerai empat bulan lalu dan dia baru sahaja habis tempoh idah. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak.

Mungkin ini sudah takdir Allah SWT untuk saya. Yang penting saya dan bayi selamat.”

Baca: Ikut Trend TikTok Tak Pakai Bra, Sekumpulan Gadis Berhijab Indonesia Dikecam Netizen

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.