“Persatuan ex-ex Sufian” – Netizen Terkejut Elfira Loy Jemput Ex Sufian Suhaimi Ke Majlis Perkahwinannya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Meskipun perkahwinan Elfira Loy dah berlalu lebih seminggu yang lepas, netizen sampai sekarang masih tak habis-habis membawang mengenainya.

Terbaru sebentar tadi, pengantin baru Elfira Loy telah memuat naik sekeping gambarnya di Instagram bersama seorang gadis yang dahulunya dikenali sebagai bekas kekasih Sufian Suhaimi. Wow! 

Sumber: Instagram

 

“Kita kenal cara lain tapi hikmah perkenalan itu ke arah lain” 

Gadis yang dikenali sebagai Izyan sebelum ni mendapat perhatian netizen lepas dia dikhabarkan bercinta dengan Sufian Suhaimi sebelum penyanyi Di Matamu ni didakwa meninggalkannya demi Elfira Loy.

Mungkin ramai yang mengagak hubungan Elfira dan Izyan tidak begitu baik lepas insiden tu, well admin rasa korang ternyata salah sebab mereka berdua ni nampak macam BFF dengan caption sweet mengiringi gambar di atas.

“I should also thank this lady besides me for everything she does for me and mama. Who knows kita kenal cara lain tapi hikmah perkenalan itu ke arah lain.

“Thank you for coming to my wedding ✨ May Allah repay your kindness dan semoga dipercepatkan jodoh jugak ?. Thanks izyan.” 

Sumber: mStar

 

“Pergh El! Ini macam satu tamparan hebat buat mereka yang asyik mengutuk awak dan keluarga awak” 

Kalau sebelum ni posting Elfira kat Instagram pastinya dipenuhi kata tohmahan dan mengaitkannya dengan Sufian Suhaimi, nampaknya lepas gambar ni dimuat naik respond netizen berubah almost 100%. Ramai yang mendoakan kebahagiaan El dan percaya setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya kan?

Sumber: Instagram

Apa-apapun admin berharap netizen kat luar sana hentikanlah mengecam pasangan ni dan move on daripada kisah lampau Elfira dan ex tunangnya tu. Semoga Sufian lepas ni temui jodoh yang baik pula. Amin! 

Baca: “Tak patut ada dalam gambar” – Netizen Cari Akak Tudung Merah Yang ‘Spoil’ Gambar Wedding Elfira Loy

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!