in

“Persaingan makin kuat” – Tak Macam Tahun lepas, Gerai Chef Ammar Di Bazar Ramadan Lengang?

Untitled Design 91

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara perkara yang paling ditunggu-tunggu pada bulan Ramadan ialah bazar Ramadan di mana kita boleh membeli makanan khusus untuk berbuka puasa.


Antara makanan yang dicari-cari di bazar Ramadan termasuklah kuih tepung pelita, murtabak dan juga ayam percik.

Mengikut trend semasa, kadangkala makanan viral seperti cromboloni, jelly balls juga turut dijual di bazar Ramadan.

Artikel berkaitan: “Padu gila!” – [VIDEO] Hari-Hari ‘Sold-out’, Chef Ammar Dikatakan Jana Lebih RM2 Juta Masa Ramadan?

Artikel berkaitan: Chef Ammar Tutup Bazar Cawangan USJ 4 Sebab Kena Sihir?

Sejak beberapa tahun lalu, nama seorang chef ini sering disebut-sebut dek kerana menu timur tengahnya yang sangat viral sehinggakan orang beratur seawal jam 4 petang bagi membelinya.

Chef yang dimaksudkan ialah Chef Ammar yang menjual nasi arab dengan lauk istimewa iaitu lamb shank.

Setiap tahun, dia akan membuka gerai di tapak bazar Ramadan Stadium Shah Alam namun tahun ini, dapat dilihat gerainya tidak semeriah tahun sebelum-sebelum ini.

Seorang pengguna aplikasi X @skeperism berkongsi gerai Chef Ammar kosong dan pelanggan tidak seramai sebelum ini.

“Banyak saingan kot”

Rata-rata di ruangan replies berpendapat ianya mungkin kerana kini sudah ramai yang menjual menu yang hampir sama dengan harga yang lebih murah.

Malah, ada juga yang beranggapan makanan viral seperti ini biasanya tidak akan tahan lama dan hanya mengikut trend pada ketika itu.

Cats 19

Korang dah pergi bazar ke tahun ni?

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.