in

Chef Ammar Tutup Bazar Cawangan USJ 4 Sebab Kena Sihir?

Ft Chef Ammar Bazar Usj 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dugaan demi dugaan yang Chef Ammar lalui, daripada harga makanan dikutuk, kemudian ditegur pelanggan dan kini dikatakan sumber rezeki di bulan Ramadan ini terjejas apabila Chef Ammar mengumumkan bahawa salah satu cawangan bazar di USJ 4, Subang Jaya kini telah ditutup.



 

Saya tak mahu keluarga saya kena…Sihir?

Katanya menerusi  TikTok Live, Chef Ammar menjelaskan bahawa cawangan perniagaannya yang di USJ 4, merundum sampaikan anaknya yang selama ini bersemangat tinggi untuk berniaga berubah seolah-olah lemah dan malas.

Chef Ammar ada panggil ustaz dan menjelaskan masalahnya dan dia dimaklumkan bahawa kedainya telah disihir, jadi untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk terjadi, dia bertindak menutup bazar USJ4 itu.

Jangan ingat bulan puasa ni tak ada orang buat perkara terkutuk ini, masih ada lagi yang amalkan dekat zaman-zaman moden. 

Perkongsian ini telah meraih 6,342 jumlah retweets dalam masa 24 jam. bukan sahaja Chef Ammar, netizen juga turut alami perkara yang sama apabila ayahnya yang dah pencen mahu berniaga tetapi terkena buatan sihir daripada orang yang didakwa pesaingnya.

Sihir2

Selain itu ada juga yang meminta agar Chef Ammar buka cawangan barunya di Cyberjaya untuk memudahkan mereka yang tinggal di sana.

Sihir3 Sihir4 Sihir5

Hurm, sabarlah min doakan agar ujian ini sebenarnya satu pemangkin untuk menjadikan diri Chef Ammar jadi lebih baik, semoga sentiasa murah rezeki. Amiinn.

Baca : Netizen Terkejut Tengok Pelanggan Sanggup Beratur Tengah Hujan, Sebab Nak Beli Nasi Arab Chef Ammar?

3Beratur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.