in

“Padu gila!” – [VIDEO] Hari-Hari ‘Sold-out’, Chef Ammar Dikatakan Jana Lebih RM2 Juta Masa Ramadan?

Page Chef E1653194180807

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun bulan Ramadan dah hampir ke penghujung, tapi nampaknya penangan Nasi Arab Chef Ammar ni masih lagi menjadi bualan orang ramai sampai ke hari ni.


Mana taknya, awal-awal dulu tular disebabkan harga mahal yang dikenakan tapi tu juga jadi batu loncatan kepada kentungan perniagaan Chef Ammar sampaikan orang sanggup beratur seawal 9 pagi!

Mesti ramai yang curious berapa jumlah sales yang diperoleh oleh Chef Ammar kan? Kebetulan lalu di FYP TikTok min, perkongsian lelaki ni di akaun @arifaimanahmad yang sanggup buat pengiraan kedua-dua jenis Nasi Arab.

@arifaimanahmad

Setiap tahun konsisten, terbaik ???

♬ original sound – Arif Aiman – Arif Aiman

“2,400 pek untuk ayam & daging”

Bermula dengan keberanian lelaki yang dikenali sebagai Arif ini, bertanyakan kepada pekerja Nasi Arab Chef Ammar, tentang jumlah bungkusan yang dijual dalam sehari, jadi ini jawabnya…

“Bang, nak tanya bang… Selalu 1 hari berapa pack habis eh?” – Tanya lelaki itu

“1,200 sehari. 1,200 untuk ayam, 1,200 untuk kambing” – Jawab pekerja Chef Ammar

“Sehari dah dapat 90K?!”

Sebaik saja selesai bertanya, Arif bersama kawannya segera buat pengiraan jumlah jualan secara kasar yang diperoleh dalam sehari…

Mengejutkan, dalam masa sehari, Chef Ammar berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM90,000 bagi kedua-dua jenis Nasi Arab yang dijual kerana ayam dijual dengan harga RM25 manakala kambing dijual dengan harga RM50.

Chef

Tak berhenti disitu, mereka berdua yang turut tertanya-tanya berapa jumlah jualan yang diperoleh untuk sebulan segera mengira jumlah tersebut untuk 30 hari dan ianya mencecah sampai RM2.7 juta! Wowww!

Sebulan Full

Difahamkan jumlah jualan itu belum termasuk dengan pemotongan kos-kos perniagaan yang berkaitan dan dikatakan pengiraan bersahaja mereka itu dibuat khusus untuk sepanjang bulan Ramadan ini saja.

Min sampai harini tak sempat lagi nak merasa. Takut kena awal lagi sampai baru dapat beli. Huhuhu…

Baca: “9 pagi dah tunggu” – [VIDEO] Lelaki Buat ‘Tutorial’ Jadi Pembeli Pertama Nasi Arab Chef Ammar

Untitled 2 13

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.